Farah Lee Buat Projek Hasilkan 6,000 Penutup Kepala Dan 3,000 Tudung Pakai Buang Buat Petugas Kesihatan, Ramai Puji!

Melihat kesungguhan petugas barisan hadapan khususnya mereka yang merupakan kakitangan kesihatan di hosp1tal yang terpaksa membuat sendiri pakaian perlindungan diri (PPE) benar-benar menyentuh hati ramai pihak.

Bahkan, pada saat ini, ramai yang cuba menghulurkan bantuan dalam menyediakan bekalan PPE kepada petugas kesihatan yang jelas banyak berjasa dalam membantu orang ramai akibat wabak Cov1d-19.

Begitu juga yang cuba dilakukan oleh selebriti media sosial yang juga bekas isteri pengcara Ally Iskandar, Farah Lee.

Farah dalam satu entri di Instagram miliknya memberitahu dia kini dalam usaha untuk menyalurkan bantuan PPE yang meliputi penutup kepala dan tudung segera untuk kegunaan pakai buang.

“Terharu sangat sebab Farah rancang dan mulakan ini semua sorang-sorang, jadi memang struggle, tetapi satu persatu kawan-kawan datang tolong itu ini, ada yang nak kolaborasi sebagainya, kemudian sehari dapat kumpul RM10,000.

“Insya-Allah bagi fasa pertama ini, Farah target untuk hasilkan 6,000 helai penutup kepala PPE dan 3,000 tudung segera untuk diagihkan kepada pusat kesihatan seluruh negara,” katanya menerusi satu entri di Instagram miliknya mengenai Frontliners Disposable Hijab Project (Projek Hijab Pakai Buang Frontliners) yang diusahakannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MashaAllah so far kita dah dapat kumpul RM10,000. Terima kasih sangat2 Farah ucapkan pada yang menyumbang dan tolong spread around about this project.! . Terharu sangat sebab Farah plan and start ni semua sorang2 so memang struggle 😭 but one by one datang kawan2 tolong itu ini, ada yang nak collaborate etc then sehari dapat kumpul 10k mashaAllah.! . InshaAllah untuk first phase ni Farah target untuk produce 6,000pcs PPE headcover dan 3,000pcs instant tudung untuk diagihkan pada health centres seluruh negara. Jadi kita masih perlukan dalam RM17,000 untuk achieve target inshaAllah.. . Kalau masih ada demand, inshaAllah kita boleh sambung untuk second phase pulak. So pada health centres yang perlukan bantuan ni, boleh emailkan Farah di esabel.team@gmail.com, nanti Farah provide details #C19HijabProject . Tolong Farah share2 lagi pasal project ni ya.! 🙏🏼 Moga dapat kita support our frontliners sambil2 #stayathome ni 🖤 @ommaesabel @fl.childrity @traveletters.official @inspire_malaysia.ngo

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Katanya lagi, dia berharap agar hasratnya untuk membantu membekalkan keperluan pakaian golongan petugas kesihatan itu tercapai.

“Jadi kita perlukan dalam RM17,000 untuk capai target, Insya-Allah. Kalau masih ada permintaan, Insya-Allah kita boleh sambung fasa kedua pula,” kongsinya.

Usaha Farah itu kemudian mendapat pelbagai respons positif termasuk mereka yang bertugas di hospital.

“Tolong hantar sedikit tudung ke Hospital Taiping. Agak sukar buat kami, selepas pakai PPE kena mandi dan basuh kepala, selepas itu terpaksa sambung berada di wad dalam keadaan rambut basah. Terima kasih atas usaha anda,” komen salah seorang pengikutnya.

Sebelum ini, pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill juga turut mengambil insiatif membantu menjahit PPE bagi kegunaan frontliners.

Apapun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Farah Lee Buat Projek Hasilkan 6,000 Penutup Kepala Dan 3,000 Tudung Pakai Buang Buat Petugas Kesihatan, Ramai Puji!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*