“Berkongsi Hadiah Wang Tunai Hasil Juara MLM2019,” – Man Raja Lawak Menderma Bagi Yang Memerlukan

Atas krisis yang melanda negara kini, pelawak Abd Rahman Kasim atau lebih sinonim disapa Man Raja Lawak bermurah hati untuk mendermakan sebahagian wang kemenangan yang  diraihnya bersama Puteh selepas diumumkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bagi membantu golongan memerlukan.

Kenyataan dan niat murninya itu disampaikan menerusi Instagram, hari ini.

Jelasnya, situasi yang berlaku cukup memberi kesan kepada semua termasuk dirinya sendiri dan sebagai warganegara, dirinya terpanggil untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya, Abd Rahman Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil Juara MLM2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM, berikan detail kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet sebanyak 50k habis digunakan sepenuhnya,” jelasnya.

Man bagaimanapun akan meneliti setiap permohohan yang dibuat dan berharap agar bantuan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebagai sebaik-baiknya.

“Saya akan teliti setiap permohonan. Sekiranya tiada respon bermakna permohonan anda gagal.

“Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Hanya doa saya murah rezeki dan sihat tubuh badan, amin #stayathome #kitajagakita,” tulisnya panjang lebar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Smoga di berkati

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Instagram: Man Raja Lawak

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Berkongsi Hadiah Wang Tunai Hasil Juara MLM2019,” – Man Raja Lawak Menderma Bagi Yang Memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*