[Video] Nenek Ini Tolak Bantuan Diberi & Minta Diagih Kepada Yang Lebih Memerlukan

Kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa. Seorang wanita warga emas digelar ‘wanita terkaya negara’ setelah bertindak mengutamakan orang lain berbanding dirinya.

Menurut pengguna Twitter, Yousaf Akhtar, wanita itu menolak untuk menerima makanan percuma demi memberi kepada keluarga yang memerlukan.

Tambah Akhtar, wanita itu berkata beliau masih mempunyai makanan untuk 15 hari seterusnya, membuatkannya menolak pemberian itu.

Kemuliaan hati wanita itu telah mendapat sanjungan warga maya yang telah tersentuh dengan kemanusiaan ditonjolkannya.

Menurut dakwaan sebahagian netizen, kejadian itu dikatakan berlaku di India manakala wanita itu dipercayai merupakan keturunan Punjabi.

Setakat ini, lebih 100 juta orang rakyat di India telah diperintahkan berkurung bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih sejuta orang di seluruh dunia.

Sumber: Yousaf Akhtar

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[Video] Nenek Ini Tolak Bantuan Diberi & Minta Diagih Kepada Yang Lebih Memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*