“Jangan Jadi Hakim, Masing-Masing Ada Tukang Catit Di Bahu” – Pakai Telekung Tapi Berseluar Pendek

Pelakon Ozlynn Wati mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto anak-anaknya yang comel mengenakan telekung solat.

Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memohon agar wargamaya tidak menjadi hakim atau penilai terhadap apa sahaja yang mereka lihat. 

Apa yang mencuit hati adalah foto anaknya, Cantiq dan Moleiq yang mengenakan telekung menutupi kepala tetapi berseluar pendek menampakkan kakinya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nampak comel kan?? Tp percayalah.. kadang apa yg kita nampak x sama seperti apa yg kita sangka atau jangka.. so yg terbaik jangan jadi hakim atau penilai.. relax n tenang2 je.. sb tukang catit dh ada disetiap bahu memasing.. xyah jauh la!! Aku bg contoh paling senang… nih.. gambar nih… wehhh.. jgn slide.. xyah slide.. sb mmg mcm tu la dia.. hmmmmm degil korg nih… apo lopongggggggggg🤣🤣🤣🤣 alaaa asal dia nak buat sudah yek.. pelan2 kayuh ok.. mama ada.. sape kata adik mama terajang sekor2… 🤣🤣🤣

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

“Nampak comelkan? Tapi percayalah kadang apa yang kita nampak tak sama seperti apa yang kita sangka. Jadi yang terbaik jangan jadi hakim atau penilai. Relaks dan tenang-tenang je sebab tukang catit dah ada di bahu masing-masing.

“Aku bagi contoh paling senang, gambar ni, jangan slide. Sebab macam tu lah dia. Hmm, degil korang ni. Apa lopong?” tulis Ozlynn sebagai kapsyen. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ozlynn. 

Namun, ramai juga yang terhibur dengan aksi Moleiq yang berseluar pendek namun tetap mengenakan telekung. 

“Seksinya dua-dua ni! Tapi comel,” puji seorang wargamaya. 

“Comelnya! Biar pi la kain kemana pun janji boleh ambil gambar passport macam ni,” kata seorang wargamaya. 

“Hahaha kain dah hilang! Tapi takpa tetap comel,” komen seorang wargamaya.

“Slide demi slide aku buka. Bukan apa, comel sangat depa berdua ni. Lagi-lagi yang telekung putih tu, rasa nak gigit pipi!” ujar seorang wargamaya lagi. 

Perkongsian Ozlynn itu sehingga kini telah mendapat hampir 33,000 tanda suka daripada wargamaya walaupun baru dua jam dimuat naik.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumnber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Jadi Hakim, Masing-Masing Ada Tukang Catit Di Bahu” – Pakai Telekung Tapi Berseluar Pendek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*