Mengaku berjumpa dgn PM. Ini permintaan Anwar yg telah ditolak oleh Muhyiddin

Hari ini melalui status di Facebook beliau, Anwar memberitahu yang dia telah berjumpa dengan Perdana Menteri. Berikut isi perbincangan antara mereka

“Pertemuan saya dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covi1d-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan.

Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi.Beliau juga menyinggung cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terka1it Cov1id-19.Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau.”

Berikut pula reaksi pengikut Facebook beliau

PH tuntut Muhyiddin panggil sidang khas parlimen

Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerang1i w4bak Covi1d-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Majlis Presiden PH berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mencari jalan melindungi pekerja dan menyediakan peluang ekonomi bagi mereka yang bakal keh1ilangan pekerjaan pada waktu terdekat, seterusnya menyelamatkan ekonomi negara.

“Mengetengahkan perbincangan mengenai pekerjaan sebagai keutamaan rancangan kerajaan untuk ekonomi adalah penting.

“M4langnya, ini tidaklah dicerminkan dalam rancangan kerajaan setakat ini,” katanya.

Menurut Majlis Presiden PH lagi, apa yang dikemukakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam pakej mereka setakat ini lebih menjurus kepada langkah jangka pendek, dan tidak merangkumi sebahagian golongan pekerja seperti yang bekerja di sektor tidak formal dan bekerja sendiri.

Menurut majlis itu, dunia bakal menghadapi kris1is ekonomi yang dijangka lebih bvruk daripada kem3lesetan besar pada 1929, krisi1s kewangan Asia 1997-1998 , atau kr1isis kemel3setan dan kewangan dunia pada 2008.

Setakat ini, kata PH, sebanyak 17 juta pekerja hilang pekerjaan di Amerika Syarikat hanya dalam tempoh tiga minggu, manakala di Malaysia w4bak yang melanda dijangka bakal menyebabkan 2.4 juta orang h1ilang pekerjaan.

Justeru, majlis itu mengusulkan agar sidang khas Parlimen dijalankan dengan jumlah kehadiran minimum, dengan mengambil contoh apa yang dilakukan Parlimen Kanada baru-baru ini.

PM perlu buktikan kesediaan

Pada sidang berkenaan, hanya 32 daripada 338 ahli Parlimen hadir dan selaras dengan tuntutan penjarakan sosial.

Majlis Presiden PH turut menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan perbahasan parlimen secara maya bagi memastikan keupayaan mentadbir dan memimpin negara dalam masa yang sukar ini tidak terhalang.

“Parlimen adalah badan tertinggi yang mewakili semua rakyat Malaysia. Semasa krisi1s, Parlimen adalah saluran untuk suara wakil rakyat kita untuk didengar, dinyatakan dan dibahaskan.

“Kita memerlukan penyelesaian dwipartisan dan menunjukkan solidariti kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi c4baran terbesar yang dihadapi negara.

“Perdana Menteri perlu menunjukkan bahawa beliau bersedia untuk memudahkannya dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan segera,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sidang biasa parlimen dijadualkan berlangsung pada 18 Mei ini.

Ikut rekod, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Anwar beberapa kali telah berjumpa dengan Tun M di pejabat beliau

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Mengaku berjumpa dgn PM. Ini permintaan Anwar yg telah ditolak oleh Muhyiddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*