“Siapa ikhlas, siapa riyak? “-Dr Maza mula bersuara

Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kerja-kerja amal yang di lakukan oleh Ustaz Ebit menimbulkan rasa kurang senang dari segelintir pihak

Tampil memberi ulasan perkara yang sama tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Mufti Perlis hari ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan b3ban mereka

Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak b3banan fardhu kifayah dapat dikurangkan.

Kepada pihak yang mahu tegur soal keikhlasan ini pesanan padu Dr Asri

Berikut status Dr Asri di halaman Facebook milik beliau

Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat d0sa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

Ulasan Dr Asri ini mendapat 6.1k tanda suka, 296 komen dan 1.1k perkongsian selepas 24 minit di muat naik

Reaksi netizan

NOR Bvlian: Berprasangka baik.Selebihnya hanya Allah SWT lebih mengetahui isi hati hambanya.Jika jalan lurus atau tidak…tetap akan dapat bahagian daripadaNYA.Dialah Yang MahaMengetahui…sudah lupa atau terlupa atau pura2 lupa…tepuk dada tanya hati…sendiri tahu jawapannya.

Zarul: Kita manusia xperlu nak.ambik alih kerja tuhan..biarlah Allah yg tentukan..sedar lah diri skit kita ni hamba..paham x hamba..xkira lah sapa pon kita atas muka bumi nih pangkat tinggi mana pon ilmu tggi mana pon kita tetap hamba..nak insaf lgi bergaul lah dgn fakir miskin..bukan bergaul dgn golongan kaya raya..

Hatiah: Allah tunjuk insan berhati mulia , bertungkus lumus tolong sana, sini , tak kenal penat , leah, itu saja dah mencerminkan

kedudukan hamba Allah itu di sisi Allah … Subhanallah…

Tok adi: Diye cemburv tuan mufti… Bukan semua org boleh buat camtu…moga ramai org non Muslim tertarik memeluk Islam dgn contoh akhlak ustad ebit liew..

Dalam perkembangan terbaru, Ustaz Ebit singgah di pulau pinang dan membantu  beberapa keluarga Ci1na di sana

“Sayu hati masuk perkampungan cina di Penang. Ada yang dah tua tiada kerja. Tadi ada yang menangis dapat hadiah dan sedikit belanja. Saya tiada apa-apa. Harap makan orang bagi. Mereka happy dapat hadiah. Ada yang susah sedikit. Macam-macam kerja mereka.

Senyuman mereka ubat hati ini. 2hari perjalanan ini rasa sed1h dan insaf. Semoga uncle untie semua sihat yer. Saya dapat serahkan lebih 10 kawasan perkampungan dan taman. Pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Beberapa hospital klinik dan Balai Polis. Syukur selesai buat hari ini-ebitlew”

Bagi admin Mudah je benda ni. Ada sedekah yang Ustaz Ebit tunjuk,sudah tentu ada sedekah yang dia sembunyikan. Fikir2kan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Siapa ikhlas, siapa riyak? “-Dr Maza mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*