Derit@ lumpvh, Permintaan Izam EYE buat ramai simpati

KUALA LUMPUR: Biarpun vokalis kumpulan EYE, Izam, 52, menderi1ta penyak1it lvumpuh separuh badan sejak hampir setahun lalu, semangatnya masih kuat untuk berjuang

Tanggung 2 isteri, 7 anak

Tiada keupayaan pada diri tidak sesekali membuatkannya putus asa dalam mencari sesuap rezeki bagi menanggung dua isteri dan tujuh cahaya mata.

Biarpun tidak mampu ligat seperti biasa kerana pergerakannya terbatas, jalan senget dan tak sempurna. Namun, penyanyi lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati masih mempunyai kudrat memenuhi undangan nyanyian, biarpun menyanyi atas kerusi roda.

Bagaimanapun, kini, Izam atau nama sebenarnya, Mohd Izam Mohd Arshad menempuh situasi svkar apabila hilang punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

Tersebar Poster Minta Bantvan

Terbaharu, tersebar posternya meminta sumbangan orang ramai dalam membantu meringankan bebanannya.

“Sebelum ini, saya mampu bertahan apabila menyanyi menggunakan kerusi roda. Jadi, saya masih ada sumber pendapatan untuk menanggung keluarga.

“Bagaimanapun, sekarang saya berdepan dengan situasi getir hilang punca pendapatan berikutan tempoh PKP. Lagipun, mahu menyambut Ramadan.

“Saya mempunyai dua isteri dan tujuh cahaya mata. Saya risau nasib diri dan keluarga, lebih lagi dalam keadaan diri menderita penyaki1t lvumpuh separuh badan,” katanya kepada BH Online.

Izam berkata, ini kali kedua dirinya terpaksa menebal muka meminta sumbangan orang ramai.

“Saya kali pertama meminta sumbangan ketika mula dise3rang penyak1it luvmpuh, kira-kira 11 bulan lalu. Bagaimanapun, tidak berpanjangan kerana saya masih gigih mencari rezeki menyanyi.

“Secara kebetulan, saya menerima undangan persembahan kecil termasuk membantu badan bukan kerajaan (NGO) membantu faki1r miskin di Sabah.

“Kini, saya tiada pilihan dan terpaksa minta sumbangan. Saya amat t3rdesak. Kalau fikir malu, ia tidak membawa kesudahan. Orang nak kata apa, terpulang,” katanya.

Yayasan Wilayah Persekutuan tampil bantu

Walaupun luvmpuh sebelah badan, dia tetap menyanyi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Insan Sabah Care untuk membantu umat Islam yang susah.

Malah, bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara tujuh orang anak yang berusia 8 hingga 17 tahun, dia menyanyi di pasar-pasar tani dan pasar malam sekitar ibu negara.

Ekoran kesukaran yang dihadapi, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil memberi sumbangan. Menurut Eksekutif Bahagian Pembangunan Komuniti YWP, Mohd. Shahrizzat Sirun, sumbangan yang diberikan berupa ‘one-off’ bagi membantu mengurangkan beban Izam EYE.

“Dia terpaksa menanggung kos pervubatan sehingga RM8,000 setahun dan menyara tujuh anak serta isteri. “Kita juga dimaklumkan bahawa dia tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak selepas terkena serangan angin ahmar,” katanya.

Dis3rang lvmpuh

Mengimbas kejadian diserang penyak1it luvmpuh, Izam berkata, ia terjadi berlaku selepas mengadakan persembahan di Kuantan, Pahang.

“Saya bersama dua rakan dalam perjalanan pulang. Saya dan seorang rakan bergilir memandu kereta.

“Saya tiba di rumah jam 3 pagi. Mulanya, saya ingat kaki lenguh kerana memandu. Saya tak fikir perkara bvuruk yang akan berlaku.

“Saya sedar kaki sukar mahu diangkat jam 9 pagi. Dalam masa sama, kawan saya mula mengesyaki ia berkaitan penyak1it lvumpuh,” katanya.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia kemudian terjatuvh dalam ruang tamu dan dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

“Hasil pemeriksaan, saya disahkan mengalami luvmpuh peringkat pertama.

“Cuma saya pelik, luvmpuh peringkat pertama selalunya akan sembuh dalam tempoh enam bulan. Saya pula sebaliknya. Mungkin sebab saya ada penyaki1t d4rah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi,” katanya.

Band paling diminati zaman 90an

Populariti lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati dan Namamu Kini Jadi Sebutan antara kenangan peminat terhadap kumpulan EYE yang pernah menjadi band diminati ramai peminat pada zaman 90-an.

Bagaimanapun, vokalisnya iaitu Izam mengambil keputusan meninggalkan dunia seni pada penghujung era tersebut sehingga band ini hanya tinggal sejarah.

Mungkin tidak ramai peminat yang tahu, Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad masih aktif menyanyi sejak tahun 2014. Dia juga pernah menyertai program Gema Gegar Vaganza (GGV) pada tahun lalu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Derit@ lumpvh, Permintaan Izam EYE buat ramai simpati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*