Gara2 cincin lambang peribadi Sultan Johor, Tunku Idris minta Wak Doyok beri penjelasan

SEJAK awal pagi Selasa netizen mula menghujani ruangan komen di Instagram personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok gara-gara sebentuk cincin.

Semuanya bermula selepas Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“@wakdoyok care to explain? This is against the law,” tulis Tunku Idris di Instagram.

Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan und4ng-und4ang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan und4ng-und4ng ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit kesalahan boleh dide3nda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau pe3njara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Wak Doyok tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@wakdoyok care to explain? This is against the law. Goodluck @carozofficial

A post shared by Idris Iskandar Al-haj (@tunku_idris) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Gara2 cincin lambang peribadi Sultan Johor, Tunku Idris minta Wak Doyok beri penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*