Ramai Beng4ng Dgn Bank,DS Najib keluarkan 2 formula ini

Sejak semalam, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas dan m4rah dengan tindakan pihak bank yang mahu mengenakan kadar faedah bagi penangguhan bayaran balik pinjaman selepas 6-bulan.

Warganet turut ‘menyer4ng’ akaun facebook Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan selepas berasa ‘terpedaya’.

Malah segelintir warganet menggunakan tanda pagar #BankerJagaBanker bagi menyatakan bantahan terhadap perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islamik berkadar tetap yang diumumkan BankNegara semalam.

Berikut pula ulasan padu Najib Razak

“Tidak adil bahawa hanya faedah untuk sewa beli dikecualikan sedangkan faedah untuk pinjaman rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain pinjaman tetap dikira.

” Kenapa keluarga B40 yang naik motor membeli rumah PPR dengan bank loan RM100k perlu bayar faedah untuk tempoh moratorium tetapi Tauke T40 yang beli kereta RM600k degan cara sewa beli dikecualikan faedah untuk tempoh 6 bulan?

Mana keadilannya?

” Syarikat beli mesin, Tauke T20 beli kereta mewah tak kena faedah tapi beli rumah dikira faedah pulak?

” Dari dulu, saya dah kata bahawa kerajaan perlu tambah bantuan kepada Rakyat tetapi bukan dengan cara mengecualikan faedah hanya untuk pinjaman sewa beli sahaja.

” Kerana cara ini adalah tidak adil memandangkan bukan semua individu dan atau yarikat ada pinjaman sewa beli.

” Jika nak bantu dalam masa Covid ini, perlulah adil juga supaya bantuan tertumpu kepada mereka yang paling memerlukan bantuan.

“Walaupun kita maklum bahawa bank-bank terbesar dimiliki oleh tabung-tabung rakyat seperti PNB, KWSP, KWAP, Khazanah dan kita faham bank-bank masih perlu membayar faedah kepada pendeposit, saya percaya punca kemarahan ramai ialah bank-bank dilihat seolah-olah tidak menerima apa-apa impak dan tidak terbeban pada masa ramai yang hilang mata pendapatan atau gaji mereka dipotong.

“Untuk meredakan situasi kem4rahan ini, bank-bank boleh menunjukkan solidariti bersama Rakyat:

” 1. Gaji dan bonus pengurusan atasan bank perlu dipotong pada tempoh Covid ini supaya beban dipikul bersama.

“2. Walaupun ianya susah untuk bank mengecualikan faedah sepenuhnya untuk semua jenis pinjaman selain sewa beli, bank-bank boleh mengurangkan “net interest margin” atau margin keuntungan faedah mereka bagi memberi diskaun kepada faedah yang dikenakan untuk SEMUA bentuk pinjaman termasuk pinjaman peribadi serta pinjaman rumah dan bukan hanya terhad kepada pinjaman sewa beli.

“(Net interest margin ialah beza antara faedah yang diterima dari peminjam berbanding faedah yang dibayar kepada pendeposit)

” Disamping itu, proses tambahan untuk memerlukan perjanjian baru atau surat setuju dari peminjam akibat keperluan mematuhi undang-undang akta sewa beli menambah kepada kekeliruan peminjam dan ini ialah birokrasi tambahan yang patut dielakkan pada masa kini.

“Oleh kerana keperluan ini adalah keperluan di bawah undang-undang maka ianya juga di bawah kawalan kerajaan.

” Undang-undang boleh dipindah dan diubahsuai oleh kerajaan pada masa Covi1d ini.

Krisis Cov1id ini masa luar biasa

“Kerajaan perlu mencari jalan luar biasa untuk mengurangkan birokrasi dan memudahkan proses untuk Rakyat.

(Gambar sekadar hiasan sahaja)

Berikut reaksi netizan:

Pemilik akaun Fb Mohd Fuad “Dato Seri. Kedua2 cadangan yg sgt baik.

1. Gaji pengurusan bank adalah antara tertinggi berbanding industri lain. Antara kos yg besar bagi sesebuah bank. Tunjukkan solidariti dgn potongan Bonus kalau tak gaji sekali.

2. Kalau interest dikenakan juga semasa moratorium ni bermakna bank langsung tak rugi apa2 pun, malah masih untung. Jika Net Interest margin dikenakan sedikit sebanyak membantu ramai peminjam yg rata2 sgt terkesan dgn wabak Cov1id19.

Bank harus ada program CSR khas Covid119 utk bantu rakyat. Masalahnya bank (termasuk Islamic banks) beroperasi dgn berpaksikan prestasi kewangan dan keuntungan, bukan untuk maslahah umat. Bonus CEO dan Mgmt Committee pun bersandarkan keuntungan. Perlu paradigm shift dlm halatuju industri kewangan. Jangan sampai ramai pelanggan yg gulung tikar sampai bank pun terkesan akhirnya.”

Pemilik akaun fb Syed Hassan menulis

“Semua PATI kena balik dan masuk lah mengikut saluran yg betul. Jika tidak kehidupann mereka sentiasa dalam ketakutan malah jika berlaku seperti masa covid, siapa yg mampu membela mereka. Klu masuk cara betul mereka di lindungi oleh ungang2 negara Malaysia.”

Tampil meredakan keadaan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini bersuara tentang isu tersebut.

Saran agar bank lupuskan kadar faedah

Tengku Zafrul menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terbabit dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

” Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat,” katanya menerusi catatan terbaharunya di laman Facebook beliau, hari ini.

Susulan itu, pihak BNM pada 1 Mei, 2020 menerusi laman sesawangnya telah menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang dikemaskini.

Tengku Zafrul menjelaskan di bawah Akta Bank Negara 2009, isu mengenai moratorium berada di bawah bidang kuasa BNM dan bank pusat itu juga mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekeliruan yang dihadapi peminjam.

” Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini.

” Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.

” Namun ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman… setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium,” katanya.

Kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat

Sehubungan itu, katanya Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

Malah, tegas beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.

” Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVlD-19, saya amat berharap pandangan (mengenai saranan) ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.

” Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ramai Beng4ng Dgn Bank,DS Najib keluarkan 2 formula ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*