Malaysia Bakal “Rugi Besar” Jika PKP Diteruskan! Ikuti Alasan KKM…

Melihat kepada respon ramai rakyat Malaysia di laman sosial, rata-rata mula meluahkan rasa kebimbangan dengan pengumumam oleh kerajaan semalam. Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

RAMAI MULA GUSAR PKPB DILAKSANAKAN

Ianya bermaksud segala premis perniagaan akan beroperasi seperti sedia kala tetapi mengikut standard of procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perintah ini akan berkuatkuasa pada 4 Mei, Isnin depan. Sejurus pengumuman ini dibuat, netizen mula menyuarakan kebimbangan jika wujudnya kluster-kluster baru berkaitan wab4k Covi1d-19.

Lihat sahaja keadaan sebelum ini, biarpun PKP dilaksanakan namun ada yang tidak patuh dan masih berkumpul mengadakan aktiviti sosial. Ini kan pula kelonggaran yang dibenarkan kepada para peniaga memulakan semula aktiviti.

Enggan biarkan masyarakat terus tertanya-tanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada berkongsikan entri di laman Facebook berhubung pelaksanaan PKPB.

UNTUK SELAMATKAN EKONOMI NEGARA, BAKAL RUGI RM98 BILION

Jelas KKM, tindakan ini diambil bagi menyelamatkan ekonomi Negara. Jika PKP terus dilaksanakan, rakyat akan menanggung kesan yang lain seperti kehilangan sumber pendapatan bagi keluarga.

Sehingga PKP dilaksana pada 18 Mac lalu, dianggarkan Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari dan sehingga hari ini ia meningkat kepada sekitar RM63 bilion.

Tambah KKM lagi, jika ianya diteruskan untuk tempoh sebulan lagi, angka tersebut bakal meningkat kepada RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

AMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK PULIHKAN EKONOMI

Dengan jumlah kerugian yang sangat besar ini, sudah pasti ianya turut memberi kesan terhadap kesejahteraan rakyat. Ini berikutan untuk memulihkan sesuatu ekonomi mengambil masa yang terlalu lama.

Pada masa yang sama, kerajaan turut prihatin dan bimbang dengan keadaan wabak kini. Jadi jalan terbaik adalah bersetuju melaksanakan PKPB dengan cara berhati-hati serta terkawal.

MASING-MASING PERLU BERI KERJASAMA

Untuk memulihkan sesuatu keadaan memerlukan sokongan masyarakat terutama. Masing-masing perlu memberi kerjasama dalam menjaga diri sendiri dengan mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan membiasakan dengan kehidupan norma baru.

Dapat dilihat bahawa kesihatan merupakan perkara penting buat masa sekarang. Lihat sahaja kesannya kepada ekonomi apabila rata-rata banyak negara di seluruh dunia terjejas teruk.

Bagi mengimbangi keduanya, maka keperluan merangsang semula ekonomi perlu dilaksanakan tetapi dalam keadaan terkawal dan mengikut tetapan yang ketat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Meecks.com

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Malaysia Bakal “Rugi Besar” Jika PKP Diteruskan! Ikuti Alasan KKM…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*