Tular wanita imamkan suami mualaf, Sekali Dr Zulkifli kata tidak boleh….

Wanita tidak boleh menjadi imam kepada kaum lelaki termasuk suaminya walaupun bergelar seorang mualaf yang belum cukup mempelajari ilmu agama Islam.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan wartawan berhubung tindakan seorang wanita yang mend4kwa menjadi imam kepada suaminya yang juga mualaf di laman Twitter beberapa hari lalu.

Menurut beliau, perkara tersebut sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak dahulu lagi dan juga merupakan pendapat para ulama.

“Saya syorkan dalam 1su seperti ini, suami dia akan tetap menjadi imam dan isteri perlu menjadi makmum. Dalam situasi seperti ini..

“…mungkin boleh cari seorang ahli keluarga lain seperti anak dan keluarga yang terdekat yang memungkinkan ia menjadi imam (kepada pasangan itu),” katanya menerusi laporan Bernama semalam.

Tambah Dr Zulkifli, beliau menyifatkan tindakan wanita tersebut sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam dan solat mereka tidak sah.

Terdahulu, wanita berkenaan did4kwa bangga mend3dahkan tindakan itu sekaligus mengundang kec4man warganet di media sosial.

“s4kitbetul hati korang…”

“Aku dah belajar agama dari kecik..”

“Siapa korang nak anggap aku tak ajar laki aku…”

Sumber : Bernama TV

Syarat sah menjadi makmum dalam solat berjemaah

1. Niat untuk mengikuti imam dan mengikuti gerakan imam.

2. Berada satu tempat dengan imam.

3. Lelaki dewasa tidak sah jika menjadi makmum imam wanita.

4. Jika imam batal, maka seorang makmum maju ke depan menggantikan imam.

5. Jika imam lupa jumlah rekaat atau salah gerakan solat, makmum mengingatkan dengan membaca subhanallah dengan suara yang dapat didengar imam. Untuk makmum wanita dengan cara bertepuk tangan.

6. Makmum dapat melihat atau mendengar imam.

7. Makmum berada di belakang imam.

8. Mengerjakan ibadah solat yang sama dengan imam.

9. Jika datang terlambat, maka makmum akan menjadi masbuk yang boleh mengikuti imam sama seperti makmum lainnya, namun setelah imam salam masbuk menambah jumlah rakaat yang tertinggal. Jika berhasil mulai dengan mendapatkan rukuk bersama imam walaupun sebentar maka masbuk mendapatkan satu rakaat. Jika masbuk adalah makmum pertama, maka masbuk menepuk pundak imam untuk mengajak solat berjemaah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : M.B

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tular wanita imamkan suami mualaf, Sekali Dr Zulkifli kata tidak boleh…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*