Syed Saddiq Mendedahkan Sesuatu Kepada TSMY Sebelum Bergelar Perdana Menteri.

SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa dia diarahkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

Menurutnya, arahan itu dibuat ketika Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau akur dengan arahan diberikan Mahathir itu.

Hamzah berkata, beliau mengakui sentiasa setia dan melakukan semua perkara atas arahan bekas Perdana Menteri itu yang ketika itu masih lagi sebagai Pengerusi Bersatu.

“Antara arahan lain oleh Dr Mahathir termasuklah menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada Oktober tahun lalu dan berbincang mengenai cara Bersatu keluar daripada PH.

“Selepas menyertai Bersatu, perbincangan berlaku dari semasa ke semasa dan Dr Mahathir minta saya bukan hanya perkukuhkan parti, tapi juga mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP.

“Ketika itu, saya buat kerja atas arahan Perdana Menteri ketika itu, dan apa yang saya lakukan, contohnya Kongres Maruah Melayu dilakukan secara besar-besaran dan mungkin tidak dapat saya lakukan jika tiada arahan Perdana Menteri (ketika itu),” katanya.

Menurutnya, berlaku perbincangan untuk membawa Bersatu keluar daripada PH.

“Dalam beberapa perbincangan, termasuk antara saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bersama Dr Mahathir di rumahnya, mencari jalan macam mana Bersatu keluar daripada PH.

“Ini permintaan (Dr Mahathir). Kita kata, buat bersama-sama dan yang lainnya sudah menjadi sejarah apabila Dr Mahathir sendiri letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, semua pihak termasuk Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu terkejut dengan peletakan jawatan Dr Mahathir kerana ia dilakukan tanpa sebarang perbincangan.

Malah, ketika Yang di-Pertuan Agong perlu memilih Perdana Menteri baharu Februari lalu, Hamzah mendakwa beliau dan pimpinan Bersatu lain bekerja keras memastikan Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri apabila namanya antara yang dicalonkan kepada Istana Negara.

Kesian TS Muhyiddin

“Namun, sejarah membuktikan Dr Mahathir tidak mendapat sokongan. Bukan saya yang memecahbelahkan parti, tapi beliau yang letak jawatan dan tak dapat sokongan.

“Sedangkan asalnya daripada 12 Ahli Parlimen Bersatu menjadi 37 orang yang menyokong Dr Mahathir untuk terus memimpin negara.

“Begitu juga dengan tohmahan kononnya ini komplot oleh Muhyiddin, kasihan dengan beliau. Allah pilih seorang Perdana Menteri yang mampu pimpin negara menggantikan Dr Mahathir,” katanya yang meminta semua pihak memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Keahlian Tun M terhenti bukan dip3cat

SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sekali lagi mengulangi Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin Bersatu tidak dipecat tetapi keahliannya terhenti, selepas melakukan tindakan yang bertentangan dengan parti.

Hamzah berkata, ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu.

Menurutnya, tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri.

“Perkara ini bukan hanya dinyatakan dalam surat permohonan mereka sendiri tetapi juga dizahirkan dengan duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan semasa sidang parlimen.

“Mengikut perlembagaan parti, keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila berlaku mana-mana yang berikut iaitu fasal 10.2.2 mengisytiharkan keluar daripada parti dan Fasal 10.2.3 menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada itu, satu surat dikeluarkan kepada tiap-tiap seorang daripada mereka sebagai notis pemberitahuan kedudukan keahlian mereka yang terhenti secara serta merta mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3.

“Banyak aduan yang diterima mengenai salah laku mereka, antara lain adalah seperti Dr Mahathir mengumumkan untuk masih bersama-sama dengan Pakatan Harapan sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk di bawah kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dr Mahathir pada 4 Mei juga membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti Pakatan Harapan mendesak supaya Sidang Parlimen dilanjutkan dan mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir pada 18 Mei juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Dalam hal ini, Tan Sri Megat Najimuddin sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin memaklumkan kepada saya sebagai Setiausaha Agung bahawa perkara di atas tidak lagi relevan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin apabila kedudukan keahlian mereka terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3,” katanya.

Sumber : samson

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Rentasasisa

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Syed Saddiq Mendedahkan Sesuatu Kepada TSMY Sebelum Bergelar Perdana Menteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*