Adik ni rajin niaga demi PS4, Sekali Safawi Rasid buat kejutan

SEAWAL usia 10 tahun, kanak-kanak lelaki ini sanggup berniaga jus mangga demi mendapatkan permainan idamannya, Sony PlayStation 4 (PS4).

Kisah mengenai kegigihan Danish Izzuddin dikongsi di Twitter oleh kakaknya, Sally Nur Dinie, 17, sehingga ia mencuri perhatian ramai.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Sally mended4hkan adiknya baru sahaja memulakan perniagaan sejak beberapa hari lalu.

“Sebenarnya dari tahun lepas adik nak PS4, tapi mak kata kena dapat nombor satu dalam peperiksaan, tapi tak dapat.

“Jadi mak saya pula berniaga jeruk mangga. Ayah bagi cadangan supaya adik jual jus mangga. Adik memang gembira, dia kata lagi cepat sikit dia dapat PS4,” ujarnya.

Menurut Sally lagi, dia juga bersyukur apabila perniagaan adiknya itu menerima maklum balas positif setelah ia menjadi tular di Twitter.

Dapat PS4 dari Safawi

Selepas kisahnya disiarkan oleh mStar Online, kanak-kanak lelaki yang gigih berusaha menjual jus mangga untuk membeli permainan Sony PlayStation 4 (PS4) mendapat perhatian Safawi Rasid.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berhasrat ingin menunaikan impian budak tersebut, Danish Izzudin dengan menghadiahkan PS4 dalam masa terdekat.

“Saya dulu pun susah kalau nak dapatkan barang-barang yang diidamkan. Lagipun keluarga perlu mendahulukan perkara yang lebih penting sebelum memberi apa yang saya nak.

“Kalau tak dapat juga, saya akan kumpul duit dan belilah apa yang saya nak. Dan sekarang, rezeki saya murah sebagai pemain bola sepak dengan JDT.

“Jadi apa salahnya saya membantu adik Danish Izzudin menghadiahkan permainan idamannya,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Tambah pemain berusia 23 tahun itu, beliau turut gembira sekiranya melihat orang lain gembira malah akan meminta seseorang untuk menghantar hadiah itu kepada budak berusia 10 tahun tersebut.

Bagi Danish pula, dia terkejut dan bersyukur setelah mengetahui tentang perkara berkenaan kerana telah lama meminati Safawi selain menjadikannya sebagai idola ketika bermain bola sepak.

Terdahulu, kakak Danish iaitu Sally Nur Dinie memuat naik sebuah posting yang mended4hkan adiknya baru memulakan bisnes tersebut sehingga tular di laman Twitter.

Menetap di Puchong, dia mengakui ada individu dari luar Selangor turut berminat membeli jus buah yang diusahakan adiknya itu.

“Permintaan bertambah selepas saya post di Twitter. Ada yang dari luar Selangor pun nak beli. Sekarang kami jual secara COD (cash on delivery) sahaja.

“Yang luar Selangor tu, dia siap bank in duit dan minta jus tu disedekahkan kepada orang lain. Alhamdulillah, lebih 100 botol sehari.

Selain jus, keluarga mereka turut berniaga jeruk mangga.

“Saya terharu sebab ramai orang Malaysia baik nak sokong walaupun sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), susah dapat duit…

“Mereka nak sokong perniagaan adik saya, nak bantu. Saya doakan mereka sentiasa sihat dan selamat, terima kasih sangat,” ujar Sally lagi.

Adik saya ni seorang yang pemalu, tapi dia suka buat lawak. Dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan jus tu dan akan ikut setiap kali dihantar kepada pelanggan.

Kata gadis itu, dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang asing kerana ibu bapanya turut berkecimpung dalam bidang sama.

Selain ibunya yang berniaga jeruk mangga, bapanya memiliki sebuah kafe dan turut mengusahakan dewan untuk acara keraian serta taman haiwan (animal garden) di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Adik saya ni seorang yang pemalu, tapi dia suka buat lawak. Dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan jus tu dan akan ikut setiap kali dihantar kepada pelanggan.

Selain kafe, bapanya turut mengusahakan dewan acara di Maeps.

“Dia pun selalu tolong ayah di kafe. Kami juga selalu tolong mak buat jeruk. Ayah pun dah lima ke enam tahun buka kafe,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Sally mengenai perniagaan adiknya itu menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai yang memuji kanak-kanak itu kerana sanggup berusaha sendiri demi mendapatkan apa yang diingininya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar Online , Twitter via MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Adik ni rajin niaga demi PS4, Sekali Safawi Rasid buat kejutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*