Amyra Rosli masuk h0spital Mvntah tak henti,“Anak kedua kami masih menyusu badan, takut beri kesan kepada baby”

PELAKON Amyra Rosli mendapatkan r4w4tan kira-kira sejam di sebuah pusat perubatan akibat mengalami keracunan makanan.

Suaminya Amar Baharin berkata, aktres itu mengalami muntah-muntah dan sakit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarga mereka pada Isnin.

Amar dan Amyra bersama dua orang anak mereka.

“Amyra mengalami keracunan makanan yang agak teruk juga. Sebabkan banyak kali dia muntah tak berhenti dan mengalami sakit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital.

“Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor.

“Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk r4w4tan. Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Selasa.

 

Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby.

AMAR BAHARIN

Pelakon

Sebelum ini, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 35, memuat naik foto Amyra sedang terlantar sakit di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesembuhan isterinya di Instagram.

Ruang komen di perkongsian Amar itu dipenuhi dengan doa netizen agar pelakon drama bersiri popular Nur itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Dalam pada itu, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen mendoakan Amyra dalam keadaan baik biarpun mereka tidak mengetahui peny4kit yang dialami aktres itu.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Amyra Rosli masuk h0spital Mvntah tak henti,“Anak kedua kami masih menyusu badan, takut beri kesan kepada baby”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*