Rahsia Di sebalik ‘THE BEAST”- Kereta Plg Selamat Dunia Khas utk Trump

WASHINGTON: Memasuki hari keenam demonstrasi akibat perbezaan politik dan senti1men warna kulit di Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih pula turut dis3rang.

Trump Menyorok

Ketika berlaku pergelVtan antara rakyat dan polis yang mula membal1ing batu ke arah bangunan pentadbiran eksekutif itu, Presidennya, Donald Trump pula dilaporkan ‘meny0rok’ di dalam sebuah ‘kubu bawah tanah’ di bangunan itu.

Trump pada malam Jumaat lalu dikatakan berlindung di bawah tanah hampir satu jam selepas ejen Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) menggesa untuk beliau berbuat demikian.

Ia ekoran pelaksanaan perintah berkurung g4gal meredakan kem4rahan sebahagian rakyat negara itu termasuk kumpulan minoriti.

Kubu bawah tanah itu dipercayai direka khas bagi kegunaan untuk kejadian kec3masan seperti s3rangan pengg4nas, menurut jurucakap Republikan.

Jelasnya lagi, Trump dan keluarganya berasa c3mas dengan kehadiran penunjuk perasaan yang datang meny3rang Rumah Putih dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengatakan sekiranya wanita pertama AS, Melania Trump dan anak lelaki pasangan itu, Barron, 14 tahun, turut sama berlindung di kubu berkenaan.

‘THE BEAST”

Kenderaan-kenderaan Presiden Amerika Syarikat sering menjadi tumpuan ramai kerana ia sarat dengan teknologi umpama James Bond.

Tidak seperti Mr Bond, kenderaan-kenderaan Presiden itu memang wujud tetapi jarang sekali informasi mengenainya dikongsi ramai.

the beast bahasa

Grafik dari Daily Mail UK

MANA-MANA negara pun, isu keselamatan pemimpin memang penting. Jika di Malaysia, Proton Perdana sudah sinonim sebagai kereta rasmi orang kenamaan. Walaupun ada juga model lain digunakan, tetapi sistem keselamatan kenderaan tersebut masih tidak setaraf ‘The Beast’.

‘The Beast’ ialah kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Seperti digembar-gemburkan propaganda media dan filem Hollywood, sistem keselamatan Presiden AS dikatakan terbaik di dunia. Mungkin ada benarnya kerana ia dibuktikan sendiri model Cadillac ini yang berperanan sebagai pengawal keselamatan terbaik sepanjang perjalanan atas darat.

Mari kita kenal serba sedikit mengenai sistem keselamatan yang ada pada ‘kereta kebal’ ini.

CIRI LUARAN

Luaran kereta ini disaluti perisai militari setebal sekurang-kurangnya 5 inci, terdiri daripada campuran besi, aluminium, titanium dan seramik yang mampu menghalang bom dan peluru.

Bahagian pintu menggunakan kepingan perisai setebal 8 inci dan seberat pintu Boieng 757. Apabila pintu ditutup, ruang kabin terlindung 100 peratus daripada ancaman luar. Pintu ini mampu menahan serangan kimia dan mengalirkan arus elektrik untuk menghalang penceroboh.

Tingkap kereta dibuat daripada 5 lapisan cermin dan polikarbonat yang mampu menahan serangan peluru penembus perisai. Tingkap juga tidak boleh dibuka kecuali sebelah pintu pemandu dan boleh dibuka 3 inci saja.

Bahagian casis diperkuat dengan lapisan kepingan besi supaya dapat bertahan daripada letupan bom. Tayar pula menggunakan lapisan besi supaya tidak terkoyak atau pancit. Lapisan rim besi dalam tayar membolehkan kereta dipandu walaupun tayar hancur.

CIRI DALAMAN

kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-7kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-8

Ruang kabin ‘The Beast’ mempunyai empat ruang yang dipisahkan lapisan cermin perisai. Cermin ini hanya boleh diturunkan Presiden. Boleh tumpang, tetapi duduk senyap saja dalam ruang ini. Ruang ini juga ada butang keselamatan panik dan ruang simpanan udara oksigen.

Jika berlaku kecemasan, ada telefon satelit di belakang kerusi Presiden yang disambungkan terus kepada Naib Presiden dan pejabat Pentagon. Tangki minyak direka dengan lapisan perisai besi dan mengandungi bahan salutan minyak untuk menghalang letupan sekiranya berlaku kem4lang4n dan terbakar. Ruang but dilengkapi alat pemadam api, gas pemedih mata dan penghalang asap.

KELENGKAPAN LAIN

Kereta ini turut dilengkapi senjata keselamatan seperti senapang patah dan pelancar pemedih mata. Ada juga bekalan darah yang sama jenis dengan Presiden sebagai persediaan sekiranya memerlukan pemindahan darah.

Ruang pemandu mempunyai sistem komunikasi lengkap dan sistem navigasi GPS. Bahagian depan ada sensor kamera dan radar yang terselindung bawah grill untuk memastikan keselamatan bahagian depan kereta. Pemandu pula terdiri daripada pegawai keselamatan terlatih dan mampu memandu dalam situasi kecemasan seperti mengelak serangan, melakukan putaran 180º atau buat pusingan J.

Minyak juga boleh disembur keluar untuk mengelak dikejar kenderaan musuh. Ini baru ciri asas yang dided4hkan kepada umum. Semestinya ada banyak perincian keselamatan yang terdapat dalam kenderaan ini sekali gus menjadikan ia kereta paling selamat di dunia.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rahsia Di sebalik ‘THE BEAST”- Kereta Plg Selamat Dunia Khas utk Trump"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*