Bekas BF Slumber Cari Balik Bila Tgk Zulin Aziz Dah Kurus. Sekali Kena ‘Sound’ Tepek

e-SSM Portal

” Semua orang punya kisah silam. Kisah pahit itu pembakar semangat untuk mengubah sesuatu pekara menjadi lebih baik. Usaha dan jangan putus asa.

” Setiap kali saya jatuh,saya cuba untuk cari lagi peluang untuk bangun. Bangun dengan semangat dan keyakinan yg baru. Dekatkan diri anda dengan orang-orang yg positive. Mereka ini yang membantu anda untuk terus bangkit mengejar impian.”

Itu antara kata-kata Pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang dikongsikan di Instagram beliau.

Sementara itu Zulin mengakui bentuk fizikal dan rupa paras kurang menarik menjadi punca dia putus cinta pada Oktober tahun lalu.

Disebabkan itu, Zulin mula nekad untuk menurunkan berat badan selain untuk memastikan kelangsungan kerjaya seninya.

Bekas teman lelaki hubungi semula, ini jawapan Zulin

Zulin berkata, penampilannya sekarang ini membuatkan bekas teman lelaki itu kembali menghubunginya.

” Saya tak suka hidup di masa lalu. Memang bekas teman lelaki ada menghubungi untuk kembali berbaik tapi ia tidak akan pernah berlaku kerana dia hanya sesuai berada di masa lalu saya saja.

” Segala c4cian dan kutvkan yang pernah dilemparkan kepada kawan-kawan di belakang saya membuatkan saya bulat hati untuk turunkan berat badan demi kebaikan.

” Hubungan kami musnah sebab dia tidak ikhlas menerima diri saya seadanya biarpun di depan saya dia memberikan pelbagai janji manis,” katanya.

Ditanya mengenai gosip dia kini menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Ikhlas Jalil, Zulin berkata, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk mengenali hati budi seseorang dengan lebih mendalam.

” Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati.

” Kalau dulu mungkin saya terlalu memilih atau menyukai seseorang sedangkan dia tidak sesuai untuk kita, tapi sekarang ini saya lebih selesa berkawan dengan semua orang.

” Mengenai hubungan saya dengan Ikhlas kami hanya sekadar kawan.

” Kami mula bertegur sejak Ramadan lalu. Buat masa ini saya selesa berkawan dengan semua.

” Saya takut nak cakap lebih-lebih sebab soal jodoh ini rahsia Allah SWT.

” Tapi, saya selalu berdoa agar dikurniakan teman lelaki yang terbaik untuk saya selepas beberapa kali gagal dalam percintaan,” katanya.

Berbalas komen ‘sweet’ di IG

Perkongsian di Instagram oleh Zulin itu turut mendapat komen dari Ikhlas Jalil

” Ok kaki lagi sebelah pergi mana??? Boleh tak jangan tinggal merata-rata.” tulis Ikhlas

Komen itu kemudian dibalas Zulin, “Tinggal rumah mak awak. jaga baik-baik”

sed1hnya… Zulin Aziz teruskan sesi ‘kahwin’ tanpa pengantin lelaki

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz meneruskan rancangan mengadakan sesi ‘perkahwinan’ biarpun tanpa seorang lelaki selepas hubungannya dengan kekasih berakhir.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik bagi diabadikan sebagai kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.

“Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sed1h itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah.

“Aku bahagia pakai baju kahwin tanpa menjadi isteri kepada lelaki yang salah. Lagi bersyukur duduk atas pelamin seorang daripada duduk di situ sebagai isteri kepada lelaki yang salah,” tulisnya.

Zulin syukur tidak menjadi isteri kepada lelaki yang s4ah.

Pada 7 Oktober lalu, Zulin mended4hkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi.

Tambahnya, dia terpaksa menukar lirik lagu yang sudah dicipta untuk bakal suaminya mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Sementara itu, Zulin berkata, dia tidak membenarkan ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran muzik video tersebut bagi mengelakkan mereka sed1h.

“Kakak (ganti namanya) tahu mama nak sangat tengok kakak kahwin. Kakak sudah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada. Nasib tak berapa baik kakak jumpa orang yang salah lagi.

“Hari ini ada lelaki menjadi punca mama nangis sed1h. Tapi satu hari nanti akan ada lelaki jadi punca mama nangis gembira sebab dia boleh jaga kakak baik-baik,” ujarnya.

Tambah Zuli, lagu dan video muzik istimewa itu hanya akan dilancarkan di Youtube sahaja sebagai kenangan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MV

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bekas BF Slumber Cari Balik Bila Tgk Zulin Aziz Dah Kurus. Sekali Kena ‘Sound’ Tepek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*