[VIDEO] Budak Lelaki Datang Pejabat Sorang-Sorang Minta Bantuan. Ini Tindakan YB Norhizam

” Kamu datang nak minta bantuan? Mak ada lagi? Ayah ada lagi? Sayang nenek tak?

Itu sebahagian dialog Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengakalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang berkongsi satu rakaman video yang mendapat perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak telah datang ke ke pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).

Difahamkan kedatangan budak lelaki itu bagi meminta bantuan untuk membaiki rumah neneknya.

Memandangkan beliau masih kanak-kanak lagi, YB Norhizam dilihat agak sukar untuk mempercayai apa yang diperkatakan olehnya.

Norhizam berkali-kali meminta kepastian dari kanak-kanak, Muhammad Nuridzuan Norhalim, 8, dengan bertanya beberapa soalan.

Budak lelaki itu memberitahu ibunya masih ada tetapi sudah bercer4i dengan ayahnya. Katanya lagi dia kini dijaga oleh neneknya yang mencari rezeki dengan berniaga roti canai.

Dia juga memberitahu tentang keadaan rumah neneknya yang kini dalam keadaan teruk dan sudah dimakan anak-anak.

YB Norhizam pergi ke rumah budak itu bagi memberi sumbangan

Lebih mengharukan, YB Norhizam telah melayan kanak-kanak tersebut dengan baik sebelum menuju ke rumah neneknya yang memerlukan sumbangan untuk membaiki bahagian yang r0sak.

Setelah diperiksa, rumah tersebut memang perlu dibaiki kerana telah r0sak t3ruk dimakan anai-anaik dan hanya menunggu masa untuk rvntuh. Neneknya Faridah Abdullah, yang ketika itu sedang berehat terkejut dengan kedatangan team Norhizam dan tidak tahu menahu dengan perbuatan cucunya yang telah pergi ke Japerun untuk meminta tolong.

Netizen rata-rata terharu dengan insiden yang dirakamkan tersebut apabila kali ini dihidangkan dengan sisi baik dan lembut dari seorang YB yang dahulu terkenal dengan sifat k4sar dan g4nas.

” Terharu tengok YB Norhizam Hassan Baktee Melaka. Selama ini hanya sisi gan4s beliau ditonjolkan oleh semua.

” Tapi sejak beliau keluar dari PH, terpancar sisi lembut, penyayang dan mesra rakyat beliau.

” Lihatlah bagaimana lemah lembutnya beliau menyantuni seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang datang mengadu kepadanya di pejabat.

” Semoga YB kekal istiqomah menolak kebejatan DAP dan bersama mendokong perpaduan ummah.

” Kegarangan YB itu mahal dan halakan kepada musoh. ” komen Nabeel Naqie.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : LimauAis

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Budak Lelaki Datang Pejabat Sorang-Sorang Minta Bantuan. Ini Tindakan YB Norhizam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*