Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)

MALAYSIA: Bagaimana anda boleh membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Ibu Tunggal, Warga Emas, kanak-kanak dan OKU. Panduan ini dibuat untuk rakyat Malaysia yang ingin membuat pendaftaran Bantuan Kebajikan Masyarakat tahun 2020.

Untuk pengetahuan, kini anda boleh membuat pendaftaran dan semakan status permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM.

Seterusnya, anda juga boleh membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia dengan mengisi borang permohonan yang boleh anda dapati di Pejabat Kebaijikan Masyarakat Daerah masing-masing.

Untuk makluman semua, Jabatan Kebaijikan Masyarakat atau singkatan JKM merupakan sebuah institusi kerajaan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan berdasarkan kepada 5 terus utama iaitu melindungi, pemulihan, pembangunan, pencegahan dan pengintegrasian.

Jadi kumpulan sasar bagi JKMM adalah termasuk orang kurang upaya atau OKU, warga emas, kanak-kanak, orang miskin dan ibu tunggal, keluarga bermasalah dan mangsa bencana yang ada di Malaysia.

Cara membuat Permohonan Bantuan JKM 2020

Anda boleh membuat permohonan berdasarkan 2 cara iaitu atas talian dan menggunakan kaedah manual (borang).

Sekiranya pemohon ingin membuat permohonan secara atas talian pemohon boleh mendaftar mengunakan portal eBantuan yang telah disediakan oleh JKM dengan menekan pautan dibawah.

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Pemohon hendaklah membuat permohonan mengikut negeri masing-masing. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan isikan borang yang berkaitan. Selepas itu, sila hadirkan diri anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang telah anda pohon dalam masa 14 hari dari permohonan yang telah anda buat.

Kaedah kedua: Anda boleh membuat secara manual di Pejabat Masyarakat Daerah berhampiran anda.

Pergi ke kaunter JKM dan minta borang bagi permohonan JKM (Borang Permohonan Bantuan). Selepas itu, lengkapkan borang tersebut. Pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan bersama dengan borang permohonan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Berikut kami lampirkan kepada anda borang berkaitan.

  1. JKM 18
  2. Maklumat JKM 2020

Cara membuat semakan status Bantuan JKM 2020 Online

Berikut pula kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk membuat semakan status permohonan secara atas talian di portal : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Sila klik pada Semakan Status Permohonan Atas Talian. Selepas itu, masukkan no kad pengenalan anda dan sila klik butang Semak.

Bantuan RM300 

Untuk pengetahuan anda semua, kerajaan pada perutusan khas perdana Menteri di bawah program Penjana telah memperuntukkan RM300 bagi mereka yang telah mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bayaran akan dibuat secara one-off.  Pembayaran duit RM300 ini dijangka akan habis di bayar sebelum hari raya aidiladha menurut daripada pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*