Pihak berkuasa Enggan Terima Pel4rian R0hingya, Sekali ini tindakan oleh nelayan

LHOKSEUMAWE: Hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan jangkitan COVID-19.

Difahamkan, kira-kira 94 pelarian terbabit termasuk 30 kanak-kanak yang berlayar menggunakan bot kayu ditemui r0sak oleh nelayan pada minggu ini, sebelum dipintas pegawai maritim dari Pulau Sumatera yang menarik mereka ke pantai.

Namun, pihak berkuasa di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera itu enggan membenarkan kumpulan terbabit mendarat dengan alasan bimbang berlaku penyebaran COVID-19.

Justeru, penduduk tempatan yang marah mengambil inisiatif sendiri melompat menaiki ke bot dipenuhi pelarian Rohingya itu dan menariknya ke pantai.

Penduduk yang berkumpul di pantai tempatan bersorak dengan tindakan itu, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

“Ia tindakan kemanusiaan yang sungguh murni, kami lihat budak-budak dan wanita mengandung terkandas di lautan,” kata seorang nelayan, Aples Kuari.

Awal hari ini, ketua polis tempatan, Eko Hartanto, berkata mereka mahu menghantar semula pelarian Rohingya yang diselamatkan nelayan tempatan itu kembali ke laut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa bertukar pendirian selepas penduduk tempatan membantah dan kumpulan pelarian itu sekarang ditempatkan di rumah penduduk. Menurut agensi penyelamat Aceh, pelarian Rohingya itu akan diperiksa oleh kakitangan perubatan bagi memastikan mereka bebas COVID-19.

Indonesia dan Malaysia antara destinasi ‘digemari’ pelarian Rohingya beragama Islam yang melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar, dengan ribuan cuba menyelamatkan diri menyeludup masuk melalui laut setiap tahun.

Indonesia selaku negara paling ramai umat Islam di dunia, sebelum ini membenarkan pelarian Rohingya mendarat dan tinggal di republik itu.

Penderitaan pelarian Rohingya bertambah buruk beberapa bulan lalu kerana banyak negara menolak mereka berikutan bimbang menjadi pembawa wabak COVID-19. – AFP

Berikut reaksi netizan

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pihak berkuasa Enggan Terima Pel4rian R0hingya, Sekali ini tindakan oleh nelayan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*