Selain Dari Anak Kepada Timb Menteri, Ini Profil Bakal Suami Mira Filzah. Kerjaya Dia Bukan Biasa-Biasa

Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara Mira Filzah membuat pengakuan dia sudah menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin tidak lama lagi,

Ramai peminat terutama lelaki yang meluahkan rasa sed1h dan kecewa. Namun dalam masa sama mendoakan kebahagiaan buat Mira dan bakal suami.

Sementara itu nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Disenaraikan 10 fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah!

1) Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2) Emir bekerja sebagai seorang arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di Wanemirastar.

3) Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Emir mempunyai tiga orang adik lelaki. Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar iaitu bapa kepada Emir meninggI dvnia pada 2016.

4) 4rw4h bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggI dunia dalam n4has helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5) Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6) Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7) Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.

8) Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9) Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10) Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : https://www.asiakini.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selain Dari Anak Kepada Timb Menteri, Ini Profil Bakal Suami Mira Filzah. Kerjaya Dia Bukan Biasa-Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*