Nampak comel di jalanan, ‘rider beruang panda’ dedah kisah s3dih yg ramai tak nampak

Demi menampung perbelanjaan bulanan, ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada satu-satu masa. Pekerjaan yang sering menjadi pilihan termasuklah sebagai penghantar makanan atau rider food delivery. Di bandar-bandar besar, terdapat pelbagai jenis khidmat penghantaran makanan yang tersedia. Kebanyakannya dilakukan oleh golongan anak muda atau penuntut universiti tanpa penat lelah bagi mencari sumber rezeki yang halal.

PENAMPILAN seorang pemuda menjadi bualan kerana sarat dengan aksesori beruang panda, dari topi, anak patung, beg, sarung tangan hingga topeng muka.

Kehadiran penghanar makanan tersebut turut dirakamkan oleh orang ramai dan dikongsikan mereka di media sosial.

“Ini kalau hantar makanan kat pejabat aku hilang stres sebab somel sangat,” komen netizen.

Bercakap kepada mStar, penghantar makanan tersebut, Akhmal Abdul Rashid tidak menyangka penampilannya menjadi tular kerana apa yang dilakukannya hanyalah sekadar minat.

Dari topi hingga ke sarung tangan berkonsepkan beruang panda. Foto Twitter ffieys_

Mula berkhidmat sejak lapan bulan lalu, pemuda itu sebenarnya telah menggemari haiwan tersebut yang disifatkannya comel dan jinak, sejak di bangku sekolah.

“Saya mula menambah aksesori selepas dua bulan kerja jadi penghantar makanan. Antara yang mula-mula saya pakai adalah topeng muka panda.

“Paling banyak ada 18 aksesori panda. Kalau saya bekerja selama 10 hingga 12 jam, selama itulah panda-panda ini tergantung kat badan saya kecuali bila saya tanggalkan baju sebab mandi dan pakai baju lain untuk solat,” kata pemuda berusia 29 tahun itu kepada mStar.

Akhmal menggemari beruang panda sejak dibangku sekolah. Foto ihsan Akhmal Abdul Rashid

Akhmal yang bertugas menghantar makanan di Muar, Johor dan kawasan sekitar mended4hkan terdapat aksesori beruang pandanya yang hilang kerana dicuri.

“Sebelum ini saya ada gantung beberapa anak patung panda di sekeliling kotak makanan di motosikal. Bila saya hantar makanan, balik semula ke motosikal ada yang hilang.

“Ia menjadi perhatian jadi asyik hilang saja bila digantung pada kotak makanan. Jadi lebih baik saya pasang aksesori di seluruh badan,” katanya.

Setiap aksesori digantung sepanjang bertugas kecuali untuk mandi dan solat.

Anak muda itu turut berkongsi kisah mengenai kasut yang dibeli dan diubah suai hiasannya untuk kelihatan seperti beruang panda.

“Saya beli kasut warna hitam putih dan saya beli cebisan kain yang macam bulu-bulu tu. Kemudian saya jahit kepala patung beruang panda di bahagian depan.

“Lepas siap jahit, saya basuh dulu dan jemur di pagar rumah. Tapi malangnya, kasut tu kena curi. Tak sempat nak rasmi, dah hilang.

“Masa tu rasa nak marah, kecewa, sed1h semua ada sebab berpenat lelah jahit tangan ada yang pula gatal tangan mencuri. Bukannya kasut berjenama, tapi tetap nak cvri,” ujarnya.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia sememangnya merancang untuk mempelbagaikan aksesori dan hiasan bertemakan beruang panda semasa bertugas.

“Saya bercadang untuk jahit anak-anak patung panda kecil pada seluar untuk kelihatan seperti merangkak ke atas. Saya juga mahu membuat ‘zoo mini’ pada beg sandang.

“Kasut ‘panda’ yang kena curi tu akan diganti semula pada masa akan datang. Kalau boleh, saya nak dari kepala sampai kaki semuanya penuh beruang panda,” katanya.

Akhmal berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya orang awam mahu mengambil gambarnya atau bersamanya disebabkan tarikan aksesori beruang pandanya.

“Ada juga yang tegur sebab nak anak patung panda saya. Jawapan saya mudah saja, saya kata minta maaflah ini koleksi saya. Jawapan tu dah biasa saya bagi sambil senyum,” katanya.

9 Fakta Penting Tentang Rider Foodpanda

Untuk pengetahuan, foodpanda telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah menawarkan khidmat penghantaran di lebih 1000 restoran rakan kongsi di seluruh negara.

1. Syarat Utama Nak Jadi Rider Foodpanda

Syarat utama nak jadi Foodpanda Rider ni sangat mudah je sebenarnya.. 1) Kena ada motor. 2) Kena ada lesen 3) Berumur 18 tahun ke atas. Sesuai sangat untuk mereka yang belum ada kerja lagi / tengah menganggur. Dan sesuai juga untuk pelajar universiti yang tengah cuti semester. Masa la peluang nak cari duit poketkan.

2. Cara Mohon Kerja

Lepas isi borang di rider.foodpanda.my, perlu datang interview dan praktikal. Lepas tu kalau terpilih, kena sedia deposit rm100 (dipulangkan semula kalau nak berhenti) dan akan diberikan baju pink, beg besar dan beg thermos.. nanti akan ada kapten / senior yang akan train buat kerja.. alaa,senang je nak paham..

3. Shift Kerja

Boleh buat secara part time or full time. Nanti ada aplikasi khas untuk pilih shift waktu kerja.. nak pilih 2 shift berturut-turut pun boleh. Kalau rajin, buat jer terus 10 jam sehari. Lagi banyak income dapat.

4. Cara Rider Bekerja

Setiap rider akan ada apps khas. Bila tibanya shift kerja, sistem akan hantar order ke apps tu dan rider kena accept cepat2. Lepas accept, rider perlu ke vendor (restoran) untuk ambik makanan dan hantar ke alamat customer. Semua alamat customer boleh cari guna Maps or Waze jer..biasanya lokasi vendor dalam lingkungan 5km radius saja dari rumah customer.

5. Cara Bayaran Gaji

Gaji ikut jam. Sejam akan dibayar RM4.. dan setiap delivery, akan dapat komisen RM3 – RM5 per order. Bergantung kepada batch mana yang rider sertai. Walaupun tak dapat banyak order dalam 1 jam, gaji tetap akan dibayar. Itulah biasanya kalau kita tengok geng-geng foodpand rider tengah berkumpul di mamak / mana2 kedai makan tu, diorang tengah kerja tu.. bukan lepak kosong.. hehee..

6. Banyak Ke Order Biasa Dapat?

Biasanya, kalau kawasan yg betul2 padat, mereka akan dapat dalam 4-6 order untuk setiap jam.. sesetengah tempat tak sampai pun 4 order tu.. lagi2 kalau kat kawasan tu dah ramai rider yang bertugas.. itulah pentingnya untuk rider cepat2 take action untuk pegi collect makanan dari vendor dan hantar ke customer. Lagi byk order yang dapat disiapkan dalam masa 1 jam tu..

7. Berapa RM Biasanya Dapat

Kalau yg buat part time weekend saja, biasanya diorang dapat average dalam Rm150-RM250 macam tu.. kira ok la kan kerja hantar makanan sabtu dan ahad saja.. Daripada duk rumah takde buat apa, pergi hantar2 makanan lagi bagus.. takde la masa terbuang macam tu je kan..

8. Gaji Bayar Bila?

Gaji dibayar seminggu sekali setiap hari Rabu. Jadi, kepada yg duk kerja makan gaji dan buat foodpanda secara part time, mereka boleh la dapat income mingguan dulu sementara nak menunggu gaji bulanan masuk.. dapat la beli barang2 dapur guna hasil dari foodpanda ni kan.. best jugak tu..

9. Biasanya Customer Bayar Siap2 Melalui Apps Or Bayar Secara Cod?

Dua-dua cara ada..bergantung kepada customer. Yang penting, kalau customer bayar cash kepada rider, rider kena bank in segera sebelum jam 11mlm. Kalau tak, gaji kena hold nanti..

Apa-apa pun, saya respect dengan pengasas FoodPanda ni.. bukan saja ia membantu orang yang malas nak keluar beli makanan, malah, ianya menyediakan peluang pekerjaan yang sangat banyak kepada masyarakat. Sekarang, kalau kat area lembah klang ni, boleh nampak kan. Kat mana2 je ada rider foodpanda ni.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nampak comel di jalanan, ‘rider beruang panda’ dedah kisah s3dih yg ramai tak nampak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*