Habis lah.. mana nak lari.. Polis dah tau siapa yang buat dan ini tindakan seterusnya

POLIS Selangor sudah mempunyai beberapa petunjuk serta sasaran individu dipercayai terbabit dalam insiden menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih di peringkat s1asatan untuk mengenalpasti individu terbabit.

“Ada (perkembangan kes conteng mural). Tapi kita sedang membuat s1asatan susulan.

“Kita ada beberapa ‘target’ dan petunjuk. Ada kemungkinan individu berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam, hari ini.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial pada tengah hari Isnin yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan.

KELIBAT dua wanita disyaki menconteng mural pemimpin negara.

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diparkir di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.

Susulan vandalisme yang dilakukan terhadap mural pemimpin negara termasuk Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu.

Selain Agong, mural berkenaan memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. via HM

Conteng mural pemimpin sangat biadab! Sultan Selangor murka, harap pelaku ditangkap

TINDAKAN menconteng lukisan mural potret gergasi mendukacitakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor menyifatkan perbuatan vand4lisme dengan menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor, sebagai tindakan sangat biadap.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan pada Isnin menzahirkan rasa sangat dvkacita, kes4l dan kecewa dengan perbuatan vand4lisme itu kerana baginda sangat menghargai karya seni pelukis tempatan yang dihasilkan di Selangor.

Baginda turut berpandangan kejadian itu bukan dilakukan oleh individu kurang sivman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik keb3ncian.

Sultan Selangor turut mengharapkan supaya pelaku vandalisme itu dapat ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.

Lukisan mural potret pemimpin yang diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, menerusi ciapan Twitternya menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam ins1den vandalisme berkenaan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku vand4lisme mural gergasi potret beberapa pemimpin negara itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan tindakan akan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Vand4lisme (MBSA) 2005.

“Tindakan vand4lisme seperti ini amat dikesali kerana mural gergasi tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan serta sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited dalam menangani wab4k COV1D-19.

“MBSA telah mengambil langkah segera dengan mengecat semula dinding tersebut dengan cat putih dan pada masa yang sama, satu laporan polis mengenai perkara tersebut dibuat di Balai Polis Seksyen 6 pagi tadi,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama katanya, MBSA juga menasihatkan mana-mana pihak supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tempatan tersebut sebelum melakukan aktiviti melukis mural di tempat awam di bawah pentadbiran majlis berkenaan.

Kejadian vandalisme ke atas mural gergasi potret pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi mural tersebut kira-kira 8 pagi tadi.

Mural gergasi itu memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.

Mural itu adalah hasil karya tiga anak muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27 tahun. – Bernama via MS

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Trengding Kini

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Habis lah.. mana nak lari.. Polis dah tau siapa yang buat dan ini tindakan seterusnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*