“Niat Untuk Berkahwin Dengan Adam Ada Tapi ..” – Sweet Qismina

Pelakon Sweet Qismina, 23, mengakui menyimpan hasrat untuk membawa hubungan percintaan bersama aktor Adam Lee, 26, ke jinjang pelamin.

Walau bagaimanapun, dia dan Adam belum lagi membuat sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

“Niat untuk berkahwin dengan Adam itu sudah tentu ada.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 24th! 💖 #fqs

A post shared by 💙فرهنا قيسمينا سوڤندي💙 (@sweetqismina) on

“Tapi kami belum ada sebarang perancangan apa-apa lagi seperti tarikh, tema, tunang dan semua berkaitan tu belum ada lagi,” katanya kepada Gempak.

Sweet memberitahu perkara itu ketika sesi Pink Smile bersama media yang turut disertai barisan pelakon utama iaitu Fattah Amin dan pengarah drama tersebut, Ayie Mustafa.

Dalam pada itu, pemilik nama Farhanna Qismina menyatakan sekiranya ada berita gembira dia akan kongsikan di platform media sosialnya.

“Kalau ada apa-apa berita berkenaan perkara itu, mesti saya akan berkongsi di laman sosial. Mungkin akan ada gambar cincin ke atau apa-apa yang berkaitan. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Magic Monday with this magic pleated cream skirt by @theownfai 🥰 #fqs

A post shared by 💙فرهنا قيسمينا سوڤندي💙 (@sweetqismina) on

“Apa-apa pun, tunggu saja ya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Adam,” katanya lagi.

Pada tahun lalu, Sweet dan Adam mended4hkan mereka sebagai pasangan kekasih selepas dihidu peminat kerana kerap memuat naik foto bersama di Instagram (IG).

Terbaru, Sweet bakal muncul dalam drama Pink Smile yang bakal ditayangkan mulai 31 Julai ini bersama Fattah, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan ramai lagi.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Niat Untuk Berkahwin Dengan Adam Ada Tapi ..” – Sweet Qismina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*