“Setuju Terima Sebagai Isteri Kedua..” – Alya Iman

Mungkin ramai yang tidak perasan kewujudan pelakon remaja, Alya Iman dalam industri hiburan tanah air. Bagi yang tidak mengetahui, Alya merupakan anak kepada pelakon terkenal era 80an iaitu Azmil Mustapha atau Ali Setan.

Alya memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Lelaki Kelas Sebelah dan terbaru drama Bukan Kahwin Paksa yang disiarkan menerusi TV3 baru-baru ini.

Biar pun masih mentah dalam industri hiburan, nama pelakon remaja ini mula dikaitakan dengan kisah kurang enak. Desas-desus bertebaran di media sosial yang mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan.

BELUM APA-APA DAH MUNCUL KISAH KONTRVERSI

Apa yang menjadi buah mulut peminat adalah lelaki berkenaan merupakan suami orang dan sudah pun mempunyai dua orang anak. Sekali gus ramai menyifatkan Alya sebagai peros4k rumah tangga orang dan juga memandang pada wang ringgit.

Enggan berdiam diri akhirnya Alya tampil bersuara. Menurut Alya dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka yang dimaksudkan pada 27 Februari yang lalu. Pada ketika itu Alya diberitahu bahawa isteri pertama bersetuju menerimanya dan hidup bermaduu.

Walau bagaimanapun lain pula selepas majlis pertunangan di mana isteri pertama lelaki berkenaan tidak tahu menahu soal hubungan mereka dan tidak persetujui dengan hal tersebut.

PUTUSKAN PERTUNANGAN DEMI MENGHORm4ti ISTERI PERTAMA

Sejurus mengetahui hal berkenaan, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada Mac 2020 bagi menghorm4ti hati dan perasaan isteri pertama lelaki tersebut.

Bahkan segala hadiah yang pernah diterimanya sudah pun dipulangkan kembali atas rasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Berdepan dalam situasi yang rumit sebegini, Alya memohon sokongan daripada peminat agar jangan terlalu cepat menghukum atau menyalahkan dirinya semata-mata. Dia percaya apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah suatu pengalaman untuk mematangkan kehidupan.

MOHON MAAF ATAS APA YANG BERLAKU

Dalam pada masa yang sama, Alya sempat memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kejadian sebelum ini.

Semoga kisah Alya ini menjadi pedoman buat pembaca agar lebih berhati-hati dalam mempercayai kata manis seorang jejaka terutama yang berharta.

ISTERI kepada seorang ahli perniagaan dikenali Penny Salman yang mended4hkan hubungan sulit suaminya dengan pelakon baharu, Alya Iman, 19, hanya diketahuinya pada Jun lalu selepas setahun pasangan itu bercinta.

Penny berkata, dia meminta Alya supaya bersikap jujur dan menyemak semula kenyataan yang ingin diberikan.

“Semak semula fakta sebelum memberikan apa-apa kenyataan Alya. 

“Dia tahu segala apa yang berlaku. Saya mengetahui mengenainya pada  Jun  lalu selepas setahun dia bersama suami saya. Sekarang ini, dia cuba bermain sentimen diani1aya,” katanya di Instagram Story. 

Menurut Penny, kenyataan Alya seolah menjerat dirinya sendiri apabila cuba mengelirukan pelbagai pihak.

“Mana nak lari adik sayang? Terjerat diri sendiri.

“Dia menghantar mesej peribadi pada 14 Februari dan bertunang pada 27 Februari lalu.

“Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi. Ya, sebelah dia adalah suami saya. Sila semak kenyataan anda,” katanya.

Terdahulu Alya tampil membela dirinya selepas didakwa menjalin hubungan sul1it dengan lelaki berstatus suami orang. 

Menurut Alya, dia sudah memutuskan pertunangan pada Mac lalu selepas hubungan mereka tidak diketahui dan dipersetujui isteri ahli perniagaan itu. 

Hubungan sulit pasangan itu dided4hkan isteri ahli perniagaan itu di media sosial hingga menjadi tular.

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MSTAR, Meecks.com via MyMetro

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Setuju Terima Sebagai Isteri Kedua..” – Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*