“Sila Hormat Gambar Anak Saya” – IG Bekas Kekasih Alya Iman Diserrbu

Selepas tular kisah pended4han seorang isteri yang membuka cerita hubungan suli1t suaminya bersama pelakon Alya Iman, kini akaun Instagram suaminya itu menjadi tumpuan warganet.

Ada yang memberikan kata positif, ada juga yang menempel4k tindakannya yang menduakan isterinya.

Begitupun, individu berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir Mohd mengingatkan golongan netizen agar tidak meninggalkan komen-komen berunsur negatif di laman sosial miliknya itu.

Bahkan, Mahathir turut meminta agar orang ramai menghorm4ti entri yang mempunyai foto anaknya-anaknya.

“Wahai semua, sila hormat gambar anak saya dan jika perlu tak payah nak komen yang tak patut.

“Kita semua manusia. Saya tak kenal anda semua, jadi kalau nak komen yang baik-baik sahaja sila nyatakan di bawah.

“Terima kasih wahai semua rakyat Malaysia yang prihatin,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Sementara itu, di ruangan komen, ada pengguna menyifatkan respons yang ditinggalkan netizen di akaun @mm_ash_ itu cukup berbeza dengan apa yang ada di akaun Alya Iman.

“Boleh nampak berbeza komen kat sini dengan komen kat Alya,” tulis seorang pengguna.

“Di Instagram Alya banyak yang hent4m dia. Tapi kat sini, semua mendoakan dan bagi semangat. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis netizen lain.

“Tak logik juga nak kec4m kat orang yang sudah berabis Rolex, LV, beg Dior. Total semua tu mahu RM500,000. Yang patut dikec4m Alya yang dah habis RM500,000 tak nak pulak,” komen seorang pengguna.

Terdahulu, seorang wanita tampil mendakwa suaminya menjalinkan hubungan suli1t dengan Alya yang juga anak aktor legenda, Allahyarham Azmil Mustapha.

Bagaimanapun, Alya kemudian tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan lelaki tersebut sebelum membuat keputusan memutuskan ikatan selepas mengetahui hubungan itu tidak diketahui isteri lelaki berkenaan.

Begitupun, isteri Mahathir, Penny Salman mendakwa Alya sebenarnya menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas dilamar suaminya.

Instagram bekas kekasih Alya Iman :

https://www.instagram.com/mm_ash_/

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : GEMPAK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sila Hormat Gambar Anak Saya” – IG Bekas Kekasih Alya Iman Diserrbu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*