[VIDEO] Pavithra akhirnya buka mulut… keluarga…- “Sugu dah minum, tapi bukan pem4buk”

AKHIRNYA, bintang YouTuber masakan popular, S Pavithra mend3dahkan kisah di sebalik kontr0versi yang terpalit susulan k3smembabitkan suaminya, M Sugu.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi video terbaharu selepas duo YouTuber itu membuat kemunculan semula baru-baru ini.

Video YouTube lima minit itu yang bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’, menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mend4kwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M. Sugu.

“Sebab Sugu pergi h0spital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.

“Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga,” katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.

Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana m4buk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pem4buk.

“Memang salah Sugu, Sugu dah minum tapi bukan pem4buk,” kata Pavithira menerusi klip video YouTube.

Sugu dan Pavithra dikenali kerana video masakan mereka.

Ibu kepada dua anak itu mend4kwa media juga telah menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lepas.

“Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami,” katanya.

Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.

Pavithra berkata suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.

“Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama… saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa,” katanya.

Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya did4kwa atas pertvduhan memiliki sabit dan menyebabkan kec3deraan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertvduhan itu. – Bernama

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pavithra akhirnya buka mulut… keluarga…- “Sugu dah minum, tapi bukan pem4buk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*