Nabil Sembunyi Kesed1han Dengan Berlawak

PENGACARA popular, Nabil Ahmad menafikan dia pura-pura terkeejut apabila rakan pengacaranya dalam MeleTOP, Neelofa mengumumkan mengvndur diri daripada mengacarakan program bual bicara infotainment itu.

Neelofa mengumumkan tidak lagi bergandingan dengan Nabil mengacarakan program terbitan Astro Ria itu bermula tahun hadapan selepas hampir lapan tahun bersama ketika siaran langsung malam kelmarin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Betul betul surprise, satu studio terdiam! Secara officialnya, bulan ini adalah bulan terakhir buat @neelofa di MeleTOP. #ThankYouLofa! Kalau ada apa apa yang korang nak tanya Neelofa, korang boleh share soalan beserta hashtag #TanyaLofa #ThankYouLofa. We love you ❤️❤️❤️ #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kata Nabil ketika ditemui, dia memang tidak tahu menahu mengenai pengumuman yang dibuat Neelofa dan pihak produksi sendiri tidak memberitahu apa-apa.

“Sebelum ini ada dengar cerita mengenai Neelofa mahupun saya sendiri akan dikeluarkan daripada mengendalikan MeleTOP. Tapi perkara itu kami dengar dari musim kedua.

“Bagaimanapun musim demi musim g0sip mengatakan Neelofa ataupun saya akan dikeluarkan daripada MeleTOP tidak juga berlaku. Jadi apabila kali ini timbul lagi cerita sama saya tak ambil peduli langsung,” katanya.

Katanya, disebabkan itu apabila Neelofa mengumumkan perkara terbabit membuatkan dia benar-benar terkejut.

“Itupun saya ingat dia main-main. Sehinggalah Neelofa sendiri men4ngis apabila mengumumkan perkara itu dan membuatkan saya sedar ia adalah perkara benar dan serius,” katanya.

Menjawab d4kw4an dia tidak sens1tif dan terus berlawak walaupun ketika Neelofa sedang serius mengumumkan bakal meninggalkan MeleTOP dan men4ngis, tegas Nabil dia sedang menyembunyikan perasaan sed1hnya ketika itu.

“Saya terpaksa sebab selain terkejut saya juga sed1h waktu itu. Saya tahan perasaan dengan cuba menenangkan keadaan dan berlawak.

“Saya pula kalau men4ngis buruk sampai seedu-sedan. Kalau Neelofa dah men4ngis dan saya men4ngis sampai terseedu macam mana kami hendak mengendalikan MeleTOP. Tumpuan penonton program pun saya kena jaga juga,” katanya.

 

Sumber : Hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nabil Sembunyi Kesed1han Dengan Berlawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*