Bermulanya sesi persekolahan awal tahun ini pelbagai gelagat anak-anak dapat dilihat. Ada yang gembira dan ada juga yang sukar untuk berpisah dengan ibubapa mereka. Maklumlah sekolah kebangsaan dengan jumlah murid yang ramai memang boleh buat anak-anak gementar. Namun lain pula dengan seorang budak ini yang gembira menari bila dengar lagu ‘Mengantuknya Mumia’.
Video pemilik asal faxriena dan kemudiannya dikongsikan semula oleh hotfm976 ini telah meraih perhatian ramai. Dalam video yang dikongsikan itu kelihatan murid-murid sedang beratur di tapak perhimpunan.
Apa yang menariknya mengenai video ini adalah gelagat seorang adik yang berpakaian sekolah sedang menari dengan berlatarbelakangkan lagu ‘Mengantuknya Mumia’. Lagu dari siri animasi Didi & Friends ini pernah menjadi bualan hangat netizen beberapa bulan lalu.
Berikut adalah video budak menari ‘Mengantuknya Mumia’ yang menjadi tular di sosial media itu:
Perkongsian di laman Instagram Hot FM ini sejak tiga jam lalu telah meraih lebih 155,000 tontonan dan hampir 30,000 likes.
Menerusi ruangan komen ada yang memaklumkan adik ini bernama Isabelle dan cukup terkenal di aplikasi Tik Tok.
Selain dari itu, rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Wahh wahh diaa..cutee ngatt2 ni”
“Selalu ikut mak zumba ni bagus2”
“Sejenis Kak Lina Pompom ni awesome”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: faxriena / hotfm976 via HCL
Be the first to comment on "Budak Menari ‘Mengantuknya Mum1a’ Di Sekolah Raih Perhatian Ramai"