Bapa Dedah Seorang Wanita Berpewatakan Lelaki Pernah Datang Rumah Sebelum Anaknya Hilang

Kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang merantau ke Johor Bahru seorang diri sejak 8 Ogos lalu, Zamren Wahab, 44, tampil merayu bantuan orang ramai mengesan anak keduanya itu, Sabarina, 21.

Zamren yang juga seorang koperal dalam Rejimen Artileri Diraja kem Penerissen Batu 8, Kuching, Sarawak, berkata, dia bimbangkan keselamatan anaknya kerana mereka tiada saudara-mara atau kenalan di Johor dan khuatir anaknya itu diperdaya melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, pada 6.40 pagi 8 Ogos lalu, dia menghantar anaknya bekerja di sebuah pasar raya di Kuching seperti biasa sebelum meneruskan aktiviti harian.

Bagaimanapun, katanya, pada 1.29 petang dia menerima pesanan WhatApps daripada anak bongsu mengatakan anak keduanya memberitahu akan keluar rumah untuk mencari ketenangan menyebabkannya bimbangkan keselamatannya.

“ Saya terus ke tempat Sabarina bekerja, namun rakannya memberitahu anak tidak bekerja pada hari itu, sebaliknya rakan sekerja mendakwa anak menaiki Grab ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

“ Saya ke lapangan terbang dan hasil pemeriksaan dengan syarikat penerbangan murah tempatan, mereka mengesahkan anak saya menaiki pesawat ke Lapangan Terbang Senai, Johor, pada 1.30 petang.

“ Hati bapa mana yang tidak bimbangkan keselamatan anak apabila mendapati anaknya pergi jauh (ke Johor) sedangkan kami tiada saudara-mara di Johor dan tidak pernah ke negeri itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan, memuat naik status di facebook dan pada masa sama menghubungi pengamal media sosial di Johor untuk membantu mengesan anaknya.

Katanya, hasilnya pada 9 Ogos lalu ada seorang lelaki menghubunginya dan bertanya mengenai kehilangan anaknya itu sebelum memberitahu terserempak dengan Sabarina di Senai.

“ Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa Sabarina tidak lagi bertudung tetapi tidak menegur anaknya kerana ketika itu tidak sedar Sabarina dicari keluarganya sendiri.

“ Saya dengan ini merayu orang ramai yang tahu kedudukan Sabarina supaya menghubungi kami atau balai polis berhampiran.

“ Saya bimbangkan keselamatan dirinya dan bimbang sekiranya dia dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“ Sekarang macam-macam kes dilaporkan, sama ada diperdaya untuk melakukan mak$iat atau dijadikan keldai dad4h. Mungkin dia tidak faham dan mudah terpedaya, saya mengharapkan bantuan orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya.

Status facebook (FB) Zamren memohon bantuan orang ramai mencari anaknya mula tular sejak 8 Ogos lalu dengan netizen mengatakan akan cuba membantu mengesan anaknya mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, sebelum ini Sabarina mempunyai kenalan wanita berperwatakan lelaki dari Johor dan pernah melawat mereka di Sarawak sebanyak tiga kali.

Katanya, bagaimanapun wanita yang mendakwa bekerja sebagai guru itu mula menunjukkan sikap pelik menyebabkan mereka melarang Sabarina menghubunginya.

#Gambar di atas adalah Sabarina, gadis yang dilaporkan lari dari rumah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetr0

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bapa Dedah Seorang Wanita Berpewatakan Lelaki Pernah Datang Rumah Sebelum Anaknya Hilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*