Pelajar Malaysia M4ut Di Sydney. Pihak Berwajib Dedah Ini Punca Kjadian

Kem4tian seorang penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, di Sydney, Australia adalah disebabkan tergelincir dari bangunan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam satu kenyataan berkata, maklumat diperoleh daripada pihak berwajib di Australia mengklasifikasikan kes kem4tian adalah akibat tergelincir dari bangunan.

“ Pegawai MARA Luar Negara di Australia bergegas ke tempat kej4dian sejurus kej4dian itu dilaporkan untuk tindakan pengecaman.

“ MARA mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Ashraff, pelajar tajaan MARA yang meningg4l dunia di kediamannya di Sydney,Australia,” katanya.

Menurutnya, MARA dengan bantuan kedutaan akan berusaha memastikan urusan membawa pulang j3nazah dapat dilakukan secepat mungkin selepas proses bedah siasat dijalankan.

“ MARA akan mengurus segala urusan membawa pulang j3nazah Allahyarham Amirul Ashraff sehinggalah diserahkan kepada keluarga j3nazah bagi urusan pengebumi4n.

“ Allahyarham Amirul Ashraff adalah pelajar tahun akhir di University of Technology Sydney dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Mekatronik yang juga bekas pelajar MRSM Langkawi,” katanya.

Terdahulu, portal Harian Metro hari ini melaporkan seorang penuntut Malaysia meningg4l dunia di Sydney, Australia dipercayai terjatuh dari pangsapuri didiaminya.

Amirul Ashraff yang berasal dari Taiping, Perak adalah pelajar tajaan MARA adalah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universti Technology Of Sydney.

Bapanya, Md Azhar Hasbullah, 48, dilaporkan berkata, dia dihubungi pegawai MARA di Australia pada 4 petang hari ini.

“ Setakat ini saya dimaklumkan anak saya terjat0h dari pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan.

“ Sehingga kini saya menunggu maklumat lanjut dari MARA berikutan dia adalah pelajar tajaan MARA,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Azhar berkata, sebelum ini anaknya ada menghubunginya memberitahu dia gagal lima subjek dan perlu membuat rayuan kepada MARA.

“ Dia sudah membuat rayuan kepada MARA, namun saya merasakan dia tertekan. Apapun, saya kini sedang menunggu maklumat lanjut daripada pegawai di sana.

“ Dia (Amirul Ashraff) tidak menceritakan masalah lain selain gagal lima subjek berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu adalah pada 30 Julai lalu ketika sambutan ulang tahun kelahiran anaknya.

“ Dia baru seminggu menyambut ulang tahun kelahiran. Saya kini menunggu perkembangan daripada pegawai MARA di sana.

“ J3nazah akan dikebumikan di Taiping selepas selesai semua urusan nanti,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pelajar Malaysia M4ut Di Sydney. Pihak Berwajib Dedah Ini Punca Kjadian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*