Pengasuh Anak Gagal Dikesan Selepas Balik Kampung, Tiba2 Abby Abadi Dapat Foto Em3rgency Hospital

Pelakon Abby Abadi buntu apabila pengasuh kepada dua orang anak angkatnya, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang dikenali sebagai Azieah gagal dikesan selepas pulang ke kampung halamannya sejak empat hari lalu.

Dedah Abby, Azieah terputus hubungan selepas menghantar sekeping foto pintu wad kecmasan sebuah hospital awal pagi tadi.

“Pasal pintu hospital tadi, Azieah (pengasuh Daiyan Dayana) minta cuti kata nak balik kampung empat hari.

“Haritu balik sekali dengan kawan dia, naik keretapi Iaju katanya. Semalam janji nak balik semula.. tapi sampai malam tadi tak sampai-sampai.

“Saya WhatsApp tanya kat mana dia kata malam tadi baru nak naik bas, jadi saya agak kalau naik bas, pagi ni la sampainya kan?

“Saya mesej malam tadi dia kata nak naik bas pukul 11 malam.

“Lepas subuh tadi saya mesej lagi tanya dah sampai belum, dia tak jawab-jawab dan tiba-tiba ada kawannya pula tolong jawabkan hantar gambar pintu tu kata acciddent semalam nak pergi Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar.

“Saya mesej lagi tanya nak tau keadaan, lama tak berjawab… tiba-tiba ada orang lain pula jawab… Sy agak musykil disitu sebab tu saya tanya sebab tak dapat nak contact keluarga atau kawan-kawan dia,” tulis Abby.

Perihal kehilangan tiba-tiba Azieah terus menjadi tanda tanya Abby memandangkan dia dan suami perlu memenuhi tuntutan kerja hari ini.

“Jadi, dimanakah Azieah agaknya sekarang ye.. Risau saya aduhai… Dah la saya dan suami ada kerja hari ni. Kasihan Daiyan Dayana,” tambahnya.

Terdahulu, menerusi beberapa entri di Instagram, Abby memohon bantuan netizen untuk mendapatkan pengesahan lokasi sebenar pintu kecemmasan hospital seperti dalam foto yang diterimanya daripada Azieah.

Ada yang mendakwwa pintu berkenaan merupakan akses ke ruang x-ray di Hospital Kuala Lumpur malah ada yang mendakwwa pintu terbabit di salah sebuah hospital di Jitra, Kedah.

Dalam pada itu, Suami berdebar, kandungan Abby Abadi ada masalah sedikit… “Tapi Alhamdulillah semua okey”

TEKA-TEKI mengenai pelakon Abby Abadi sedang berbadan dua akhirnya terjawab apabila suaminya berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram.

Bagaimanapun Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzanny, 45, berkata kandungan isterinya mengalami sedikit masalah namun bersyukur semuanya kini dalam keadaan baik.

Menurutnya lagi, Abby perlu banyak berehat selain mengambil ubat mengikut jadual sepanjang kehamilan itu.

Jaie berkongsi foto Abby sedang melakukan imbasan.

“Hari cuti bawa my love @abby_abadi112 ke klinik. Pagi tadi (Khamis) ada masalah sikit. Berdebar juga tapi Alhamdulillah semua okey.

“Makan ubat kena ikut aturan… Banyakkan rehat ya. Terima kasih doktor sebab berikan layanan yang baik tadi,” katanya.

Berita gembira itu turut diraikan netizen yang mendoakan agar kandungan Abby sihat sepanjang proses kehamilan itu.

Pelakon drama Gerak Khas berkenaan sebelum ini memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil selepas membuat imbasan di sebuah klinik pada 15 Jun lalu,

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana masih terlalu awal.

p/s: Semoga urusan pengasuh Abby dipermudahkan dan tiada perkara bvruk berlaku

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

Sumber : Astrogmpak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pengasuh Anak Gagal Dikesan Selepas Balik Kampung, Tiba2 Abby Abadi Dapat Foto Em3rgency Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*