Baru Je kahwin, Pakaian Ardell ditegur. Ini reaksi slumber Ardel

GARA-GARA memakai baju tshirt dengan seluar kain pelikat, pelakon Ardell Aryana ditegur seorang netizen yang memintanya tampil lebih kemas selepas bergelar isteri.

Netizen tersebut berpendapat penampilan isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa sebagai pelik dan jarang dipakai oleh wanita biasa.

“Pelik benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Serabut tengoknya,” komen individu yang menggunakan akaun bernama Msdianra

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, yang membalas komen tersebut menganggap setiap individu mempunyai citarasa dalam berfesyen.

Bagaimanapun, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu mengambil teguran itu secara positif dan akan belajar cara untuk lebih bergaya.

“Setiap orang itu lain-lain sebab itu saya tulis dekat kapsyen, saya orang yang biasa… mungkin tak semolek awak.

“Untuk suami atau bakal dapat isteri yang molek macam awak. Tak apa saya akan belajar bergaya lagi supaya tak serabut lagi mata sis,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Ramona Zamzam turut meninggalkan komen memuji penampilan Ardell yang sentiasa cantik walaupun berpakaian biasa.

Menurut Ramona, seseorang itu cantik apabila memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersikap positif seperti Ardell.

“Tidak sayang, awak kelihatan elok saja. Kecantikan itu tidak dinilai dengan solekan, kasut tumit tinggi dan baju.

“Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positif, orang sekeliling awak bahagia dan sudah cukup untuk buat seseorang itu cantik.

Dan itulah anda, biasa-biasa itu la yang lebih cantik. Jadi diri sendiri… awak cantik,” tulisnya.

Sebelum ini, Ardell pernah dikecam selepas video dia mengigil ketika disarungkan cincin pada hari pernikahannya awal September lalu.

Nadzmi sebagai suami tampil menjelaskan insiden yang ditonton orang ramai itu berlaku disebabkan isterinya mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety) serta kemurungan yang terus dan kini masih dalam rawatan.

Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali satu sama lain.

p/s: Semoga pasangan pegantin baru ini tabah menjalani onak duri cabaran berumah tangga 

Sumber Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Baru Je kahwin, Pakaian Ardell ditegur. Ini reaksi slumber Ardel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*