Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza Di Pentas Akhir AJL 34 Mengegarkan Dewan Persembahan,Tapi Kejadian Ini Membuatkan Ramai Penonton Mar4h

Menurut penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak ada sebarang perancangan untuk membuat kemunculan khas menjelang persembahan lagu Anta Permata pada Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, dia akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Bob Yusof yang akan membawa lagu tersebut nanti.

“Kita bagilah Bob buat dulu, dia dah nyanyi semasa separuh akhir jadi biarlah dia habiskan lagu ini menjelang persembahan akhir nanti.

“Anugerah Juara Lagu ni berdasarkan komposer dan penulis lirik. Saya percaya walau siapa pun yang menyanyikan lagu ni, kalau lagu tu bagus, ia akan terus diangkat,” ujar Tokti kepada Gempak.

Menurut Tokti lagi, dia akan terus menyokong Bob untuk penyanyi tersebut menyanyikan lagu Anta Permana dengan baik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul semasa persembahan final Bob

Semasa Bob sedang membuat persembahan, tiba-tiba DS Siti muncul dari belakang pentas dan turut menyanyi bersama Bob. Namun apa yang menjadi kekecewaan ramai ialah apabila DS Siti menyanyi, mikrofon tidak berfungsi. Rata-rata penonton baik di rumah atau warganet meluahkan rasa tidak puas hati kerana bukan senang untuk DS Siti muncul di pentas AJL, dan apabila muncul terjadi sesuatu tidak diingini begini.

Semoga walaupun dengan isu sebegini tidak akan buat AJL bakal hilang seri sebagai pertandingan muzik paling lama dan terbaik di Malaysia. Dan juga diharapkan DS Siti dan Bob tidak akan kecewa kerana terjadinya isu sebegini.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jelas nampak tokti down 😢. Kalau anta permana menang boleh perform sekali lg boleh dengar betul2 yg x mic problem. . #ajl34 #tokti

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka) on

Artikel oleh RJ./ kasiviral.kini.blog

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza Di Pentas Akhir AJL 34 Mengegarkan Dewan Persembahan,Tapi Kejadian Ini Membuatkan Ramai Penonton Mar4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*