Demam Panas Akibat Jangk1tan B4kteria, Aaron Aziz Suruh Semua Orang Duduk Di Rumah

Aktor Datuk Aaron Aziz mended4hkan keadaan dirinya selepas berada dalam keadaan kurang sihat apabila mengalami d3mam panas.

Menurut Aaron, dia telah dijangkiti bakteria namun telah beransur pulih.

“Alhamdulilah jazakumullah khayran semua yang doakan. Rasa lebih baik sekarang. D3mam panas yang sangat teruk menyerang satu badan. 

“Betul takde daya nak bangun pun. Hairan jugak sempat memandu pergi hospital. Jangkitan bakteria itu katanya,” tulisnya di Instagram (IG)

Dalam pada itu, pelakon drama Jodoh-jodoh Annisa turut berpesan kepada orang ramai supaya terus berada di dalam rumah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. 

“Kalau yang ‘lockdown’ boleh jatuh sakit apa lagi yang kat luar tu. Jadi tolong tinggal di rumah. 

“Penghargaan kepada semua barisan hadapan. Terima kasih atas pengorbanan anda hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Terima kasih @diyanahalik masak sup mee,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah Jazakumullah Khayran semua yg doakan. Feeling better now. Demam panas yg sangat teruk attack satu badan. Betul takde daya Nak Bangun pun. Hairan jugak sempat drive pergi Hopsital. Bacterial infection katanya. Kalau yg lockdown boleh jatuh sakit apa lagi yg kat luar tu. so pls stay home. Big shout out of appreciation pada semua frontliners. Terima Kasih atas pengorbanan anda Hanya Allah saja yg Dapat membalasnya. Thank you @diyanahalik masak Mee soup. #abgdemamteruk #abgbalasdendamMakanBesar #abgbersyukur #abgstayathome #abgdudukrumah

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1518 orang dengan 14 rekod kem4tian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1345 orang sedang dir4w4t di hospital, manakala 159 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Demam Panas Akibat Jangk1tan B4kteria, Aaron Aziz Suruh Semua Orang Duduk Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*