“Bukan Bantal!” – Perut Hiera Hassan Jadi Persoalan Gara-Gara…

Melihat karakternya di dalam filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM), siapa sangka pelakon Hiera Hassan rupanya memang sedang s4rat m3ngandung lapan bulan.

Perkara itu dided4hkan sendiri oleh Hiera menerusi satu temu bual bersama Gempak.

Menurut Hiera, sejak filem itu ditayangkan di Astro First, ramai yang bertanyakan sama ada dia benar-benar mengandung atau hanya berlapikkan bantal.

“Ramai ingat saya pakai bantal tapi sebenar memang saya tengah sarat mengandung anak kedua lah.

“Waktu tu dah 8 bulan dah hujung-hujung sebenarnya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur kerana waktu penggambaran tidak berlarutan terlalu panjang.

“Letih, penat tu memang ada tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lagi pun kita enjoy selama penggambaran.“Selain itu anak perempuan saya ni pun macam mendengar kata juga, lahir selepas beberapa minggu habis shooting. 

“Now dia pun dah berusia setahun lima bulan,” katanya.

Bagi anda yang mahu melihat lakonan Hiera dalam filem KITM, boleh tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akib4t terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bukan Bantal!” – Perut Hiera Hassan Jadi Persoalan Gara-Gara…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*